Thursday, May 31, 2018

Lagi 15 hari nak RAYA

Assalammualaikum semua...

Dah 15 Ramadhan ari ni, pagi tadi dalam kereta dah dengar lagu raya start keudara. Baru saya sedar yang kita dah nak hampir ke raya rupanya. Kuih raya tak terbuat lagi ni, niat sebelum ramadhan ari tu beria nak buat kuih raya tahun tapi... 

Tahun ni tiada baju baru untuk saya dan suami, semuanya repeat pakai tahun2 yang lepas je. Baju2 tu semua memang sangat baik lagi keadaannya + baru pakai sekali 2 je pun. Kami hanya pakai baju melayu n baju kurung sekiranya ada event yang memerlukan outfit macam tu. Kalau tak, memang bergantung sajo dalam lemari. Duduk la kami nanti mengadap lemari tu pakat2 tahun ni nak repeat baju yang mana 😀😆

Kuih raya pun takde tahun ni, malas nak buat tu satu hal. Sekarang kalau nak membeli kuih raya, tengok reger boleh mengurut dada rasanya. Rupa paras yang cantik2 tu, harga pun 'cantik' jugak. Tunggu la lepas seminggu raya baru cari kot kuih raya, buat buah tangan bila bertandang ke rumah sedara mara. 
   
Sekarang ni rajin masak je la, hari2 berbuka di rumh. Ada sekali je kami berbuka puasa di luar, itu pun unplan. Keluar ingatkan nak beli grocery tapi sangkut lama dekat luar gara2 nak mencari office outfit. Kalau nak proceed balik memasak tu masa dah suntuk sangat, mau makan lepas 8pm pulak. Sudahnya berbuka di luar saja. 

Bukannya pegi resto yang ada menawarkan buffet ramadan tu, tak behi la tengok reger nya. Kami pegi mamak je, tingin nak makan mee rojak tekak ni 😇 Tapi rojak ni tak sama rasa macam dekat Jalan Bellamy tu 😞

Thursday, May 24, 2018

Score Run Series 2018 - Night Edition

Assalammualaikum semua...

8th days of holy month, Ramadhan. My run training still active as per plan cuma on alternately basis. Saya pun still kena sediakan juadah berbuka, sometimes kena skip sebab tak sempat nak prepare condiment untuk masakan. Keluar office about 3pm, by 4pm sampai rumah selepas singgah beli barang2 untuk berbuka. Normally sampai rumah je terus menerus ke dapur sediakan bahan2 untuk nak masak nanti. By 530pm solat dan ready for run training. Normally i just run for 1 hour sahaja sepanjang bulan ni, dapatlah almost 10km base on paces. 7pm sampai rumah and terus masak juadah yang dah prepare tadi. By berbuka makanan pun dah masak, cantik la boleh makan hidangan panas2. 

That my activity for sepanjang Ramadhan, hope boleh la bertahan sampai Syawal nanti 😀

Last run event sebelum Ramadhan tempoh hari, Score Run Series 2018 - Night Edition. Run event yang memang saya tunggu2 sampai demam 😁 Tapi demam sebab cuaca masa tu panas sangat, lepas tu ada kena hujan jugak + berjangkit dengan orang2 yang tak berapa sihat sekeliling. Ikutkan boleh je tak lari tapi rugilah, dah purchase mahal2 tapi burn macam tu je. Nak jual dekat orang pun dah tak sempat sebab sehari sebelum lari je demamnya datang. Makanya saya redho lari ikut kemampuan, kalau dah tak mampu nanti berhenti, mintak medic ambik je 😂 (i wish too or not too)

Hari event saya sampai lewat, berkejar ke starting point. Toilet pun tak sempat nak pegi walhal masa tu memang rasa nak terkucil dah. Sampai starting point, run pun dah bermula...selit je celah2 orang ramai tu asalkan sebelum timing reader area. Sepanjang larian tu dalam hati dok berharap, adalah portable toilet dekat water station tapi....nan hapo hokey. Organizer ni pun, carilah sponsor lebih sikit bagi letak portable toilet at lease 2 or 3 point dekat water station. Tekak dahaga tapi tak boleh nak minum sebab rasa nak terkucil sangat dah. 

Rasanya 5 km yang terakhir baru ada portable toilet, hambek memang ramai yang berhenti q nak kencing. Saya sangkut dekat situ je dalam 10mins, rugi masa betul. Tapi apa kan daya, memang dah sangat2 nak terkeluar air kencing 😤

Makanya, redho kan jugak masa yang terbuang tu ye, memang ramailah yang lepas sepanjang 10mins menunggu toilet tu. Bukanlah saya ni nak kejar tempat pertama, memang jauh sangat angan2 tu tapi saya still ada masa tersendiri untuk setiap larian yang saya masuk...personal record gitew 😃  

Tanpa sedar, rupanya habis jugak larian saya sepanjang 21km...terus hilang rasa demam cuma nak terkencing tu memang sadis. Cuma air hidung tu meleleh lagi, badan dedar tu dah takde lagi...tapi itu kesan sementara je. Balik rumah, mandi cuci kepala and tidur. Kesan sebenar hanya keluar next day, terus badan panas mendadak, kepala pening, sakit2 badan. 

Inilah record saya untuk run event ni. Memang sendu tapi nak buat macam mana, bukan boleh ulang balik aktivity, ulang tayang boleh la. 

Cuma apa yang saya dapat dari run event ni, saya masih mampu berlari sejauh 21km walaupun kondisi badan waktu tu boleh menyebabkan saya disqualified. Tahan cabaran lagi rupanya badan ni, tapi jangan dibuat selalu lah...dah veteran 😄  

Thursday, May 17, 2018

Salam Ramadhan 2018

Assalammualaikum semua...

Hari pertama Ramadhan, biasanya sendu sikit la mood tu kan 😀 saya lettew orangnya. Masa ni la badan tak berapa nak bagi kerjasama, dah ada dedar2 nak demam, tengkuk sakit sebab salah tido agaknya dah 2-3 hari jugak menahan batang leher ni...nak toleh tu kena dengan badan sekali toleh. Kepala ada pening2 lalat, ish hebat gak ni dugaan hari pertama puasa saya. 

Semoga berjaya habis sampai petang la ek 😂

Sahur tadi saya mampu minum jus kurma je...tu dia, jus kurma ni hanya akan ada masa bulan keberkatan ni. Bulan lain memang takdenya rajin nak membuatnya, syaitan banyak weiii. Suami pulak saya masakkan nasi makan dengan ayam sayur panggang. Marinate siangnya oleh suami, saya baru sampai rumah malam tadi dari Johor...dah tak kuasa nak prepare apa pun. Mujur saja dah suruh suami buatkan dulu.

Inilah yang dimakannya suami pagi tadi. Kami memang bersahur heavy meal, baru otak boleh berhubung dengan jayanya di siang hari. 

Menu berbuka petang ni tak tau lagi nak buat apa. Tapi edisi melawat bazaar ramadan tu memang takde dalam list ramadah, iolsss ni tak kuat IMAN...mau tak pepasal 10 jenis makanan kena sambar nanti 😎

Macam mana hari pertama puasa uolsss...

Monday, May 14, 2018

Ramadhan bakal tiba

Assalammualaikum semua...

New week after PH takeover tampuk kepimpinan negara kita Malaysia. Welcome back for Tun Mahathir Mohamed as a Prime Minister Malaysia. Terima kasih kerana 'mendengar' dan 'memahami' situasi kami sebagai rakyat. Semoga Malaysia terus gagah, maju dan menjadi negara membangun di bawah pentadbiran PH...inshaAllah.

Seminggu lepas saya hanya berada di KL sahaja, tapi this week kembali semula ke Johor. Habis dah cuti yang rasanya lama sangat, kalah cuti raya uolsss. Memang betul2 menikmati cuti panjang hanya di rumah, sambil2 menziarah ahli keluarga yang dekat2. Ada jugak bertemu dengan kawan2 rapat. Minggu ini jugak kita bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan...inshaAllah. Tak sabar rasanya hati ni nak bertemu Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua, ameen.

Sabtu malam dating session dengan suami, Sunday dah nak fly back to Johor jadi kena luangkan masa berdua dengan dia sebelum di'tinggal'kan untuk seminggu 😀 Lepak2 minum kopi dekat2 rumah saja, Neighbours Cafe. Sambil2 tunggu kain jugak ni, dating sambil mendobi kain baju basuh dan kering. 

Makan nachos saja sambil borak2 suami isteri. Semoga minggu ini memberi sinar bahagia untuk kita semua.

Salam Ramadhan dari saya dan suami. Selamat menjalani ibadah puasa, inshaAllah. 

Friday, May 11, 2018

Tanggungjawab pada hari pertama NEW Malaysia

Assalammualaikum semua...

Selamat menempuh NEW Malaysia, PH Day1  👍

Takde nak mengulas lanjut pasal keputusan PRU ni, kami bukan bijak pandai nak menilai kredibility seorang pemimpin. Hanya mampu berbangga atas kejayaan pemimpin baru dengan tampuk kepimpinan yang bakal memerintah lagi sepenggal. Semoga kepimpinan kali ini lebih berlaku ADIL kepada kami rakyat2 marhain.

Sempena hari ini diumumkan sebagai cuti hari peristiwa selama 2 hari (Khamis & Jumaat) tapi saya masih perlu ke office untuk prepare some paperwork for Monday's meeting, dah cuti terus menerus macam ni...kelang kabut jugak dibuatnya walaupun seronok dapat cuti extra 2 hari. INGATAN diri sendiri, kerja juga tanggungjawab dan amanah yang perlu disiapkan.

Sambil siapkan kerja, bawak bekal buah langsat yang pokoknya baru nak belajar berbuah pemberian jiran tingkat bawah. Uncle tu balik mengundi, dapat bawak balik buah sekali. Elok pulak buahnya, manis.

After Zohor baru keluar office dan terus bergegas ke Rawang, ziarah sepupu yang sedang nazak. Seluruh adik beradik plan nak menziarah hari ini, jadi kami tunaikan jugak tanggungjawab mengunjungi saudara yang dalam kesusahan. Takut jugak kalau selepas ini kami dah takde peluang untuk melawat, dalam keadaan sepupu saya tu...apa2 saja boleh terjadi dalam waktu terdekat ni. Cancer stage 4, apa lagi yang boleh dilakukan. 

About sejam jugak kami di Rawang, selepas itu kami semua ke Kota Damansara...rumah my abang. Kalau di KL ni, disitulah port kami adik beradik berkumpul. Terus dinner menu nasi budu, sembang2 sambil minum teh tarik/kopi. Lepas Isyak terus balik ke rumah masing2 sebab nak kejarkan siaran langsung perlantikan Perdana Menteri baru Malaysia. Kagumlah haiii, pemimpin yang saya hormati berjaya menyandang jawatan PM untuk kali ke 2. Sangat kagum dengan vision and semangatnya untuk rakyat dan negara.    

Maybe dinner tadi awal sangat, tengah malam ni terasa lapar semula. Tadi di rumah my abang, kakak ipar bekalkan keropok kembang dan lekor. Terus laju2 goreng 2 benda ni untuk snack sambil menonton. Hujan lebat malam ni, alhamdulillah.

Monday, May 7, 2018

Tortilla Telur Hancur

Assalammualaikum semua...

Tak sabar pulak rasanya nak ber pilihanRAYA rabu ni, teruja ko mengalahkan nak balik beraya pulak. Maklumlah di kata umur 40 tahun ni, ini kali ke dua hakak nak balik mengundi tau 😛

Sabtu lepas, alhamdulillah kereta dah selamat keluar dari bengkel. Dah siap dari Khamis sebelum tu lagi tapi my kakak seorang saja dekat rumah, tak boleh nak ambik kereta keluar sebelum tu lagi. Saya dengan suami balik Seremban pagi Sabtu naik Komuter, melenggeh jugak la duduk dalam komuter tu tapi kena appreciate jugak kemudahan yang ada. Tapi kalau suruh naik komuter lagi lepas tu rasanya saya lagi prefer naik bas kot balik Seremban. Lagi cepat sampai, kalau jalanraya tak jammed la 😶 

Okay cukup mukadimah kereta ye. 

Semalam punya lunch menu, tortilla sumbat (ikut selera) dengan telur hancur. Simple, guna saja apa bahan yang ada dalam ice gobok.

Bahan2:
Tortilla
Cili sos
Sosej
Cheddar cheese
Telur hancur aka scramble egg

Panaskan tortilla sekejab bagi garing2 sikit. Selepas tu sapukan sos cili, letakkan sosej, telur hancur dan cheddar cheese. Kalau ada sandwich maker, boleh la kepit bagi panas dan cheese cayaq. kalau takde macam saya ni, perangat dekat fry pan je la. Dah siap, boleh kenyang perut sampai waktu dinner 🙅

Itulah setakat hari ini or minggu ini, kita jumpa lain kali na...chowww 🙆