Monday, May 7, 2018

Tortilla Telur Hancur

Assalammualaikum semua...

Tak sabar pulak rasanya nak ber pilihanRAYA rabu ni, teruja ko mengalahkan nak balik beraya pulak. Maklumlah di kata umur 40 tahun ni, ini kali ke dua hakak nak balik mengundi tau 😛

Sabtu lepas, alhamdulillah kereta dah selamat keluar dari bengkel. Dah siap dari Khamis sebelum tu lagi tapi my kakak seorang saja dekat rumah, tak boleh nak ambik kereta keluar sebelum tu lagi. Saya dengan suami balik Seremban pagi Sabtu naik Komuter, melenggeh jugak la duduk dalam komuter tu tapi kena appreciate jugak kemudahan yang ada. Tapi kalau suruh naik komuter lagi lepas tu rasanya saya lagi prefer naik bas kot balik Seremban. Lagi cepat sampai, kalau jalanraya tak jammed la 😶 

Okay cukup mukadimah kereta ye. 

Semalam punya lunch menu, tortilla sumbat (ikut selera) dengan telur hancur. Simple, guna saja apa bahan yang ada dalam ice gobok.

Bahan2:
Tortilla
Cili sos
Sosej
Cheddar cheese
Telur hancur aka scramble egg

Panaskan tortilla sekejab bagi garing2 sikit. Selepas tu sapukan sos cili, letakkan sosej, telur hancur dan cheddar cheese. Kalau ada sandwich maker, boleh la kepit bagi panas dan cheese cayaq. kalau takde macam saya ni, perangat dekat fry pan je la. Dah siap, boleh kenyang perut sampai waktu dinner 🙅

Itulah setakat hari ini or minggu ini, kita jumpa lain kali na...chowww 🙆

7 comments:

Suria Amanda said...

SA kalau rajin naik bas..kalau masa tu pemalas naik komuter yang lembab tu ha...hehehe...esok petang balik Seremban x tau la nak naik bas ke naik komuter..tortilla tu nampak best la..memang betul makan tu je kenyang sampai ke malam..dah selalu buat..sebab tu malam jarang makan..

jemput join GA, banyak hadiah menarik http://www.suriaamanda.com/2018/05/grup-sisturs-lawa-warrior-giveaway.html

dear anies said...

nak sikit... lapo nii

Azian Elias said...

yang penting, konyang kan.

aizamia3 said...

Menariklah idea makan tu, boleh cuba bawak bekal ke tempat kerja ni.. ;)

E'in said...

Tak pernah pun buat tortila sendiri. Boleh try laa nanti.

OKje said...

Menarik jugak menu simple mcm ni. Boleh jadi menu bersahur ni...

Nina Mads said...

boleh buat ni selalu mkn tortilla kfc la, resto mexican la