Monday, July 30, 2018

Novel ke drama

Assalammualaikum semua...

Korang ingat tak novel femes amous suatu ketika dulu, 13 JAM A380 by Evelyn Rose. Meh saya up sikit sinopsis;

13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara. 


"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah. 


Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya. 


"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI 


"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA 


"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI 


"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA 

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta... 


“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR 


Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?

Okay sekian untuk ulasan novel. Banyak menang anugerah novel ni ye, dan sekarang khabarnya novel ni dah di dramakan. Berita baiklah pada yang suka melayan drama melayu yang "drama lah sangat" itu. Heronya pulak memang menjadi pujaan malaya masa kini, Zul Ariffin tapi heroin nya masih dirahsiakan. Sapalah wanita tersebut ye?!!! 

Saya nak tunggu sapa heroin nya itu, kalau batch2 Hana Delisha tu...erm lomah la nak tengok. Saya memang dah lama sangat tak follow drama2 melayu ni + sekarang drama tah ape2 (sorry pada penonton2 drama tegar ye), tak boleh nak digest jalan ceritanya. Lebih fantasi dari realiti 👰 Sampai satu tahap dah naik meluat pun ye jugak, jujur ni tau.

Last 2 weeks struggle cover orang punya kerja walaupun kerja sendiri banyak dan takde pulak nak tolong cover (double kerja disitu), kalau cover kerja orang lepas tu gaji di bagi ke kita base on how long cover ok jugak 😔 nan ado lah kan terjadinya. Pasrah je, sedekah biar ikhlas...

Last week Thursday my bro buat operation on his jantung menggunakan machine yang PERTAMA kali digunakan di Malaysia. Dia buat operation pun on recorded sepanjang procedure berjalan selama 5 hours. Supplier for the equipment pun ada sama. After 5 hours, procedure 100% berjaya dan my bro dah keluar dari hospital on the next day nya (Friday last week). 

Last week Friday jugak was my last day menjadi tukang cover kerja orang 🙌 (double happy). Terus plan untuk overnight di Kota Damansara, rumah my bro to menjaga dia. Tak jaga sangat tapi lebih kepada menemani him coz my sista kena ke Melaka for attending report card day anak di sana. Seharian on Saturday tu saya bawak keluar pegi breakfast di Ravi, masak asam pedas for lunch dan dinner di Kayu mamak. After done all, balik ke Ampang. 

Ahad bermula routine biasa, lari selepas subuh. Sediakan breakfast (kue tiaw goreng) dan tido 😀 Nikmat ape tido tengah hari lepas makan ni, bila lagi nak merasa begitu 'berehat'nya badan kan. Petang lepas asar bergerak balik ke Seremban sebab pagi tadi dah kena ke airport, back to reality huhhhh 😞

Saturday, July 21, 2018

Susu badan

Assalammualaikum semua...

Today nak tanyalah dekat ibu2 hebat semua, macam mana caranya nak perbanyakkan susu badan. Tak semua ibu2 yang mewah dengan susu badan kan, ada yang mencurah2 rezeki anak, ada tu pulak sikit dan ada jugak yang takde langsung. There is a petua2 tertentu kan untuk perbanyakkan susu badan, mostly yang saya dengar dengan cara pemakanan. Cuma kalau menyusu badan ni tidak semua benda pun yang boleh ibu2 makan, betul tak?!!!

Baby kan fragile, ibu2 hebat macam korang mesti AMAT menitikberatkan soal pemakanan kan. Dah katanya apa yang ibu makan, anak pun makan jugak 😀

Ini bertanya sebab my friend punya baby kena jaundice dah hampir 2 weeks lamanya. Doctor kata maybe sebab susu ibu tidak mencukupi dan kalau boleh tidak mahu bagi susu formula. Tanya iolsss yang ada ramai anak bulus kecik, memang payah nak advise petua2 banyakkan susu badan ni 😸 Setakat basic minum air masak banyak2 sampai kembung, frequent pump, makan kurma, makan sup lobak putih tu inshaAllah...tau lagi. 
   
Jangan pulak pegi makan benda2 sejuk macam ni. Memang sedap di tekak cuma nanti tak larat pulak melayan kembung baby.


Tadi dapat makan rojak dengan cendol....perhhhhh nyaman. Selamat berhujung minggu uolsss 😁

Thursday, July 12, 2018

Bila gambo digunapakai

Assalammualaikum semua...

Pernah tak gambar korang digunakan untuk sesuatu activity berbentuk perniagaan secara online. Contohnya gambar digunakan untuk tujuan mempromosi sesuatu product. Sekiranya gambar digunapakai dengan kebenaran dari tuan empunya badan mungkin takde masalah kot ye, mesti ada 'some agreement' dekat situ. TETAPI sekiranya gambar yang digunakan untuk tujuan yang sama tapi TIDAK mendapat kebenaran dari tuan empunya diri....APAKAH hak kita?!!!

Share sikit pada yang pernah melalui keadaan seperti di atas. Atau mungkin boleh share pandangan dan pendapat.  

Seperti nasi ayam kunyit ni, banyak je rata2 tempat kita nampak orang jual. Lauk nasi rupa paras sama je antara satu sama lain tapi tidak pulak menjadi isu yang besar untuk kita sebagai PEMBELI. Kita dah tentu memilih mana yang lebih sedap dah harga berpatutan kan. Mungkin di kalangan peniaga sendiri ada persaingan antara satu sama lain. Tapi masih kita sebagai pembeli mempunyai KUASA menentukan rasa dan kepuasan sendiri.

Kalau saya, lebih mengikut apa yang menjadi keperluan dan berpatutan. Ada yang kita nampak paras rupa lawo tapi belum tentu citarasa sama. Kalau dari segi product, saya lebih kepada KESESUAIAN pada product tersebut. Tak ambik pusing pun sapa model sesuatu product tu, dah namanya model...lawo belaka la ye. Kita ni yang sedang2 je bagilah perasan lawo kejab 😂 

Pada saya, adalah lebih molek sekiranya seseorang individu atau dari mana2 syarikat pun sekiranya ingin menggunakan gambar yang bukan dari sumber rasmi angpa...mintaklah dulu KEBENARAN dari tuan punya diri. Tak patutlah MEMPERGUNAKAN hak orang lain bagi memenuhi keperluan dari pihak yang lain pulak....that's my 2 cents opinion 😃

Sedap pulak sup ni...👆Nak cari la malam ni, perut sakit sengugut ni kalau dapat sup panas2 baru berlawan sikit. 

Wednesday, July 11, 2018

Kafe Masakan Terengganu Asli

Assalammualaikum semua...

Teringin atau mengemari hidangan makanan dari Terengganu?!!

Kafe Masakan Terengganu Asli, tidak dekat pun dengan rumah saya tapi sebab saya memang suka makan makanan dari kafe ni. Untuk menolak keinginan tu payah sikit. Almost every month saya datang ke kafe ini untuk sepinggan nasi dagang atau pun semangkuk laksam 😀 Keropok lekor yang belum digoreng juga ada jual di sini, in vacuum seal. 

Laksam, starter gitew. Datang waktu sarapan pagi, berpeluang dapat makan laksam. Kalau datang waktu lunch, takut takde rezeki. Cepat habis jugak laksam ni. Yang penting, sambal belacan best. 

This WAJIB order setiap kali datang sini, nasi dagang. Rasa memang menepati selera saya, tak pernah mengecewakan. Details;

Kafe Masakan Terengganu Asli
Masjid Bandar Kinrara 5
Jalan BK 5/1, Bandar Kinrara
Open: Selasa hingga Ahad
Waktu Operasi: 8am-10pm

P/S: kafe memang dalam kawasan masjid, tak perlu kalut2 nak mencari tempat solat 😁

Monday, July 9, 2018

Durian dan panas badan

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni kan memang meriah musim durian. Rata2 tepi jalan ada je gerai2 jual durian. Semalam di rumah my kakak ada buat open house, ramai orang datang dari tengah hari sampai ke malam. Bertambah2 ramai lagi bila open house di saji dengan durian baru gugur. Sekarang ni memang tengah meriah durian gugur di dusun, memang rezeki tetamu2 yang datang...dapat makan durian FREE. 

Saya pun tak berhenti malam durian, segala jenis makanan pun nak campur dengan durian jugak. Ada pulut, wat makan dengan durian + santan. Ada budu pun letak berketul2 durian. Ada tapai lagi, tapi tak berani makan dengan durian....ko gilo 😱

Akibat terlebih durian, badan dah rasa semacam malam tadi. Kepala memang dah pening2 siangnya, bawak makan ubat durian...bertambah pening kesudahannya. Suami dah bising sampai senyap tak tau apa nak kata, isteri degil kan 😶

Sudahnya singgah mencari ABC sebelum balik ke rumah. Sungguh panasnya badan, sampai berpeluh2 walaupun dalam kereta ber aircond. Tidur pun tak selesa, panas sampai ke pagi tadi tak hilang lagi. 

Penangan durian, hujung minggu ni nak balik rumah kakak lagi. Selagi tak habis durian gugur, selagi itulah kita ulang ulik balik makan durian. Tahun ni suami dah pesan, jangan ambik tempoyak lagi sebab ada berbotol2 tempoyak sepanjang tahun dekat dalam ice gobok tak bermakan lagi sampai dah takde tempat nak letak benda lain 🙇 

Suami pulak bukanlah seorang 'PEMAKAN' durian. Katanya masa kecik2 dulu dah overdose makan durian, tua ni dah tak berapa sangat dengan durian lagi. Orang dok makan durian tak henti2, mamat ni kisahnya pun tidak. Last weekend suami dah ada tanda2 nak batuk n selsema. Nak bagi kebah cepat, bagi makan sup2 panas dengan lemon panas. Vit C pun dah berketul2 minum. Tak baik jugak lagi gamaknya, malam ni ingat nak bawak pegi klinik...kena jugak ambik antibiotic. 

Sekarang ni musim buah2 tempatan sedang ranum berbuah. Batuk + selsema tu memang sinonim dengan musim ni. Kita ni kalau dapat buah2 tempahan memang seronok sakan la makan. Selagi tak habis sepokok la katanya. Tapi ingat2 ye, buah2 tempatan memang sedap tapi jangan makan berlebih2 pulak dari kemampuan diri. Jangan ikut nafsu orang kata. Jaga kesihatan korang jugak ye...

Thursday, July 5, 2018

Mat Rock Ayam Goreng Kunyit

Assalammualaikum semua...

Kecoh la hai sekarang ni rata2 orang bercerita pasal penangkapan bekas perdana menteri kita Datuk Seri Najib Razak atas pertuduhan dalam isu 1MDB. Ramai yang komen macam2 sampai ada yang bertindak diluar kawalan pun ye jugak. Agak2 la kalau nak bertindak/berkata2 pun, ingat kita ni ada ALLAH yang Maha Melihat. 

Maklumlah kita ni kalau 'membawang' memang seronok, bertambah seronok kalau banyak tokok tambah rencahnya 😥

Pada saya semua ni berkait dengan BERKAT. Setiap apa yang kita 'ingin' kan mesti seiring dengan usaha, walaupun apa yang kita 'ingin' itu memberi kesan baik buruk kelak (dalam sedar atau tidak sedar). Ko ingat senang nak kumpul duit senggit sehari dari hari pertama ko melihat duniawi ni, ape tah lagi nak cukupkan 5-6 beg banyaknya masa hari tua nanti. Keluar semua duit EPF pun tak cukup tau 😨

Dah lah, tinggalkan kisah bawang putih bawang merah tu. Kita hanya mampu melihat/mendengar, selebihnya biarkan yang bijak pandai menjalankan tugas masing2. 

Lepas puasa dan raya ni, teringat2 sambal belacan meletops Mat Rock. Sambal yang sampai sekarang saya tak pernah berani lagi mencubanya, kalernya aje dah cukup gerun. Tapi kalau nasi dengan ayam goreng kunyit tu memang KEGEMARAN sangat. Menu hidangan yang simple, boleh makan lunch hari2. Sungguh ni, saya memang suka menu macam ni.

Malam Isnin yang lepas, pegi dinner dekat kedai makan Mat Rock, area Pandan nun. Suami yang nak sangat makan masa tu, katanya dekat tempat kerja susah nak jumpa menu macam gini. Tunggu kalau ada budak2 office mate yang nak buat delivery, baru dia tumpang order sekali.

Order menu yang sama, nasi dengan ayam goreng kunyit. Masalah kejadian 'luar biasa' saya nampak. Ada Indian couple masuk selepas kami masuk. Order makanan yang sama kami order. Yang menjadi 'luar biasa' tu, saya lihat couple ni kemahen kuat makan pedas. Saya rasa sambal belacan tu memang 'meletops' punya pedas tapi diorang boleh mintak lagi extra sambal balacan dan makan sekali siap gaul2 dengan nasi. Makan selamber weh, jah rasa macam nak tercabut rahang gigi 😮 Gilor power lidah perut diorang ni.  

Minuman pulak, suami order sirap bandung soda dan air hijau ni saya punya. Tingat la dulu kawan saya pernah buat air ni, jimmy asmara nama airnya. Sedap tapi kawan 'kedekut' tak nak share resepi. Sekarang ni tak payah susah2 lagi, datang makan dekat Mat Rock ni sure saya order air ni, tak payah nak mintak resepi sangat 😵

Attached sekali phone no kalau2 la korang nak buat delivery area KL ni. Yang jauh2 tu cubalah cari, mesti ada yang jual makanan yang similar macam ni. Selalunya nasi budget mesti ada menu macam ni. Sedaplah untuk lunch kalau di office, tak renyah sangat. Takde kuah2 bagai, cuma kadang2 minyak gorengan tu pulak bertukar menjadi kuah 😷

Wednesday, July 4, 2018

Kenduri kawin during raya

Assalammualaikum semua...

Selain dari sibuk dengan jemputan open house sana sini situ, kenduri kawin pun tak kurang hebatnya jugak. Sekarang ni macam 'in trend' majlis kenduri kawin merangkap open house besar-besaran tuan rumah untuk tetamu jemputannya. 

Saya pernah ada pengalaman attending this kind of majlis kawin pada hari raya ke 3. For my personal tough, majlis ini lebih kepada ahli keluarga jauh dekat berkumpul dan bertandang memeriahkan majlis kawin dan secara tak langsung berkumpul menjadi keluarga yang besar. Untuk tetamu jemputan pulak hanya boleh dikira beberapa orang saja yang hadir. Dah raya ke 3, mesti masih ramai lagi yang beraya di kampung kan. Pada saya, lebih baik buat majlis kawin seminggu selepas raya pertama, at least tetamu lain selain dari ahli keluarga dapat menghadirkan diri. Masa majlis tu, saya dan suami memang rasa agak awkward jugak sebenarnya...eh2 macam kami ahli keluarga pulak walhal tak kenal pun sedara mara depa. Singgah majlis kawin ni pun sebab sekali jalan untuk balik ke Ampang dari kampung selepas cuti raya hampir habis.  

Lepas pada majlis kawin tu, 'taubat' tak nak attend any majlis kawin masa raya 😐 Itu cuma pengalaman saya, maybe not the same macam korang2 ye.  

Last week another jemputan kawin tapi kali dah 2 minggu raya pun, saya rasa macam biasa saja. Bukan kendurinya makanan tak sedap ke hapa hokey tapi maksud 'macam biasa' tu rasa seperti menghadiri kenduri2 kawin yang lain. Terasa meriah dengan tetamu ahli keluarga, rakan taulan...saya pun boleh jumpa kawan2 yang lain jugak dalam majlis yang sama, tidaklah rasa macam terpingga2 dalam majlis orang. 

Cuma saya lambat sampai, jammed bagai nak gila last weekend. Bukan lambat sikit tapi lambat sangattttttt, 3pm baru sampai. Ingatkan saya yang paling lewat sampai tapi rupanya ada lagi yang baru sampai selepas kami, reason yang sama jugak. Yang lebih tragis, makanan dah habis...maklumlah tuan rumah tokey caterer, sodap la makanannya + memang tuan rumah masak sendiri. Masa kami sampai tu, terus kena arah anak bujang mencari kedai2 makan yang bukak untuk bungkus makanan pada tetamu yang baru sampai, ko ngase?!!! 

Saya ni rasa nak tegah je tuan rumah dari buat macam tu sebab kesian, dah lah penat melayan tetamu yang ramai tadi lepas tu kena keluar duit lagi untuk beli makanan untuk kami2 yang lambat sampai ni. Hakikatnya waktu tu memang saya lapar sungguh2 dan berharap dapat makan nasi kenduri kawin ni 😛 Tapi dapat makan 'nasi bungkus' kenduri kawin pun jadilah 🙈

Dalam situasi ni tiba2 saya teringat, orang2 vateran pernah cakap 'tak elok' kawin dalam bulan Syawal. Katanya bulan Syawal ni sebagai 'bulan apit'. Entah la. Pernah tak korang dengar perihal ni? 

Monday, July 2, 2018

Udang Tumis Halia

Assalammualaikum semua...

Udang ni saya memang jarang nak masak sangat sebab hidung kami suami isteri memang akan tak berhenti bersin kalau makan udang. Yang peliknya bukan all time pun terjadi, kadang kala saja...mungkin sebab udang tu tak fresh agaknya. Udang biasanya saya suka buat rencah untuk mee atau maggi. Tapi kali ni nak cuba masak udang sebagai menu utama makanan pulak. Maka terjadilah menu super simple, udang tumis halia.

Udang
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang merah - dihiris
3 inci halia muda - saya guna halia tua, bau lagi harum - dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos plum
1 sudu kecil nampla
Minyak masak secukupnya

Bersihkan udang, dibuang kepala serta ekornya dan kemudian digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak, angkat dan toskan. Tumis bawang dan halia menggunakan lebihan minyak goreng udang tadi. Dah naik bau, masukkan semua jenis sos dan nampla, kacau mesra. Akhir sekali masukkan udang tadi dan gaul mesra. Perasakan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas2...walahhh 💃💃