Monday, August 27, 2018

Last weekend

Assalammualaikum semua...

Last weekend rehat2 dekat rumah kakak di Seremban sambil layan movie DUKUN purchase dekat Astro First. Malam Saturday tu kan takde cerita, nak tengok cerekarama tapi tayang live bolasepak...tak kuasa nak layan. Tengok movie Dukun sambil layan serawa durian dengan roti, kakak masak. 

Leave early morning from Seremban to Putrajaya, ada run event to join. Tak jauh, just 10km only. Boleh la dari takde run langsung, takut jugak hilang momentum kalau lama sangat tak lari ni 😀 Pergi awal sebab nak collect run bib, miss the collection date...mujur je organizer still open table early morning tu. Rupanya ramai je tak collect run bib lagi. 

Habis lari terus terjah mamak, laparnya kemahen. Order tosai telur dengan milo tarik. Lepas makan terus balik rumah, nak rehat2 sambung tido semula. Bangun tido about 3pm jugak, terus pening kepala. Itu yang malas nak tido sebelum tengah hari, mesti bangun tu kepala pening. Kalau dah pening, susah nak hilang sakit walaupun telan ubat sakit kepala. Menahan la sakit sampai malam tapi, sekarang ni pun kepala still ting tong lagi. 

Today dah kembali semula ke Johor, will be back another 2 weeks time 😑 sambil kira berapa bungkus kuaci ni mampu habiskan sementara menghitung hari nak pulang nanti 😓

Wednesday, August 22, 2018

Eidul Adha Mubarak

Assalammualaikum semua...

First of all, selamat hari raya Eidul Adha kepada semua yang merayakannya. Raya kali ini merupakan yang pertama kali dalam hidup, saya menyambutnya tanpa ahli keluarga sekeliling. Yang ada hanyalah rakan2 sekerja saja. Tak pakai baju raya, pegi solat sunat raya hanya dengan tshirt and jeans. Bila dengar takbir tu sayu jugak hati tapi sentiasa letak dalam hati, ini adalah tanggungjawab/amanah. Tak mengapa, selagi connected kita masih boleh berhubung dengan orang2 yang kita cinta kan 😀

What i do for today...erm, kerja la walau dalam talian. Maksudnya masih on laptop kerja, respond all email, tracking all dateline dan yang penting calendar boss teratur. Since boss just stay in his room, saya pun stay jugak. Bila roomservice boy datang nak kemas bilik, saya terus keluar for selfservice dobi. Boleh je bagi kain baju dekat hotel for laundry, provided pun tapi saya lebih suka basuh baju sendiri. Kulit saya agak sensitif pada jenis2 sabun pencuci.  Tak larat nak layan gatal2 kulit nanti. 

During washing time, hujan turun lagi...lebat. Alhamdulillah hari ini tidak sepanas semalam, sejuk sikit cuaca. Dah plan untuk terus early lunch saja, dalam kepala tu nak pikir nak makan pizza tapi nampak ayam goreng...terus tukar fikiran. This is juadah hari raya saya, ayam goreng 😁 Tidak la lapar sangat tapi sebetulnya nak tukar duit kecik je. Dobi kan bayar pakai coin, tak kuasa la pulak guna RM50 tukar ke coin dobi.

Ini sajalah aktiviti saya pada hari raya ni, buat setakat ini masih lagi mengadap kerja sambil layan Fox Movies. Still kena keja sampai 630pm nanti, hope tak kena masuk site petang ni. 

kole kacang

brownies 

Kuih muih tu antara juadah hari raya yang hotel sediakan masa breakfast pagi tadi, cepat habis kot kuih2 ni. Benda rare dalam menu harian, sekali dapat tu memang habis.

Selamat hari raya sekali lagi buat kalian semua. Tak sabar nak balik KL besok malam. Semoga dipermudahkan segalanya, ameen... 

Saturday, August 18, 2018

Maruku dan manisan india

Assalammualaikum semua...

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut hari raya Idul Adha, less than a week je lagi. Sedih sikit raya kali ini, berjauhan dengan suami. Saya tak dapat balik pada hari raya pertama tapi akan balik pada malam hari raya ke 2. Still hari raya lagi cuma tak dapat solat sunat hari raya bersama je. Tak mengapalah, berKORBAN kita kali ini. Bukan dugaan besar sangat pun kalau nak dibandingkan dengan yang lagi jauh jaraknya dari keluarga tercinta. Bahagian masing2, dugaannya pun lain2 jugak 🙇 Cuma yang seronoknya tahun ini saya tunaikan ibadah korban di Johor, tempat saya bekerja...sunat kan kalau dapat tengok binatang sembelihan korban kita sendiri. 

Kenal ini kudapan, memang BELI kalau jumpa ni. Saya dan suami memang suka maruku, sanggup beli 1/2 kilo pelbagai jenis kalau terjumpa. Dalam kereta, depan tv ada je balang isi maruku ni. Ralit kalau dapat makan, susah nak berhenti...macam ada 'hantu' pulak rasanya 💀 

Bila dah nak dekat2 Deepavali tu lagi meriah, saya memang suka la memborong maruku masa ni...macam kita pun sama nak raya gayanya. Sanggup malam raya pegi jalan dekat Jln TAR tu melihat suasana orang nak beraya. Tak banyak beza pun persiapan raya mereka dengan kita cuma mereka's ni ada cara sendiri untuk meraikan perayaan agama mereka. 

Bukan setakat maruku yang saya suka, manisan India juga tak terkecuali. Manis tu memang manis tapi sedap di tekak ku gitew. Kadang2 saya rasa tekak saya memang sangat suka makanan kaum India, kari tu kalau ada memang tak totak la. Makanan indian vegetarian, banana leaf tu, ermmm WIN dah 😀😋  

Antara manisan yang sering ada dalam ais gobok kami, ladoo n mysore pak. Saya dengan suami memang suka makan manisan masa tea time petang2 dekat rumah. Kadang2 masa breakfast pun kami belasah jugak makan benda2 manis ni in case malas nak sediakan sarapan, benda yang ready to eat...belasah je la. 

Walaupun semua tu manis2 tapi saya masih kekalkan gaya pemakanan yang betul. Tidak la asyik makan benda manis2 ni je hari2 walaupun stock tu sentiasa ada. Makan bila perlu sahaja, selebihnya kami lebih banyak makan buah2an + minum bergelen2 air putih. Dekat rumah je pun, tak kisah berapa kali nak pegi toilet takde sapa nak kisah 😆

Wednesday, August 15, 2018

Percubaan pertama buat cup cake

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni serba mudah, nak makan tapi malas nak keluar...boleh je call buat delivery. Pilih je ikut selera tu nak makan apa. 

Sama jugak dengan makanan, frozen food tu pun ada banyak jenis kala ni. Pegi je kedai2 runcit even hypermarket mesti ada jual frozen food. Kalau tempat tinggal berdekatan dengan pengusaha kecil2an tu lagi bagus, boleh dapat frozen food yang masih fresh lagi. 

Sekarang ni di rumah saya memang akan sentiasa ada frozen food selain makanan yang saya frozen sendiri. Saya kerap outstation dan frozen food ni penting untuk suami saya. His not type of man yang suka makan di luar, sehabis boleh dia akan stay at house selepas balik dari kerja. Nak singgah tapau2 makanan ni bukan dia la. He always panaskan makanan yang saya dah sediakan or reheat frozen food je. Pelbagai jenis jugak adanya sebab senang dia buat pilihan, tak la bosan for 1 type of food je hari2. 

Ye tau, mungkin ada yang mengatakan frozen food ni tak elok di makan hari2. Itu yang saya cuba masak makanan dan sejuk bekukan untuk simpanan tapi untuk sediakan bekalan for 2 minggu time agak mencabar sebenarnya. Suami boleh je masak yang simple cuma kita ni isteri2 kalau boleh nak bagi senangkan suami masa ketiadaan kita di rumah. Tau macam mana penat balik dari kerja lepas tu nak masak2 lagi. Uolsss ada cara tak selain dari yang saya buat ni...any suggestion?!!!

Gambo bawah ni aktiviti suami malam tadi, baking red velvet cup cake. Actually he terjumpa tepung ready for bake red velvet dalam kitchen cabinet. Saya pun dah almost terlupa pasal tepung ni. Suami tengok ada direction, terus saja dia cuba. Tak payah nak sukat2 dah tepung tu, letak je bahan2 tambahan ikut arahan dekat kotak. 
      
Tak boleh nak bayangkan masa ni entah macam mana rupa dapur tu, mintak2 terurus la hendaknya 🙇

Cup cake dah hampir masak, berjaya jugak suami baking cake...bangga betul dia. Paham perasaan tu, saya dulu pun mula2 buat cake bila menJADI kemahen lagi suka sampai repeat buat setiap hari 😀

Inilah rupa paras kejadian kek cawan selepas di HIAS cantik oleh suami walaupun topping cream cheese tu dia main tepek je 😋 

Ini hasil baking dari seorang suami. Cantik nampaknya, sedap jugak katanya. Lepas ni rajin la saya membeli tepung buat kek perisa yang lain pulak. At least kalau tiba2 suami teringin nak makan kek, boleh dia baking sendiri. 

Nasib suami selalu kena tinggal isteri, macam ni la 😚

Monday, August 13, 2018

Dan2 ni rasa nak makan kepci...

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni pameh la haiii, level panas tu dah tak lit2 lagi dah...ni paneh nau2 rasanya. Kalau boleh day time tak nak keluar rumah, tapi tak boleh jugak duduk di rumah kalau takde aircond kan. Nak cari shopping complex, takkan nak melanggok dalam tu dari pagi sampai tutup kot...memang TIDAK la. More spending tu dah tentu, campur penat nak berjalan duduk...bukan boleh nak baring2 pun kan. Nak marathon tengok movie pun tak berapa IN sangat, satu tiket je pun dah berapa rege 😑 semua sekarang ni serba mahal2. Bukan kedekut tapi nak berbelanja tu berpada2 la ikut keperluan, bukannya ikut lifestyle. 

Dijangkakan musim panas ini akan berterusan sehingga October nanti. Uolsss kalau boleh stay indoor, jangan buat banyak sangat outdoor activity diwaktu siang. Minum air masak secukupnya, minum banyak2 jangan bagi badan kekeringan air. Berpeluh dengan banyak pun boleh membuatkan badan kekurangan air jugak. 

Another 2 weeks time baru boleh balik ke KL semula, tiba2 tekak ni macam craving ayam kepci. Mujur saja dekat pekan kecik ni ada lagi kepci, jangan tekak ni mintak McD...itu memang confirm takde. Kalau buat delivery pun, mau budak runner tu tak layan...luar dari kawasan jajahan. 

Tinggal nak cari mangsa peneman makan je ni, sapa sudi bawakkan hakak ni mentedarah ayam kepci. Meh la sekalian hakak lanje, tak la bawak saje2 ek. Mau2 ?!!....

Friday, August 10, 2018

Nasi kandaq mai

Assalammualaikum semua...

Saya tak sabar nak balik KL ni, rasa macam lambat pulak masa ni berlalu...kalih2 tengok jam takuk tu jugak. Nak kata jam tangan rosak, jam laptop pun sama je grrrrr

Besok plan nak cari jubah cantik2 dekat Jalan TAR tu nak buat jubah raya Idul Adha nanti, jubah senang nak selempang2 bila tiba2 kena turun padang melapah daging korban ke nanti kan. Saya suka la kerja2 melapah daging lembu korban ni, buat ramai2 gotong royong...seronok weh. 

Lepas tu dah alang2 berada di Jalan TAR tu nanti, ingat nak pekena nasi kandaq sat dekat Ibrahimsha. Teringat2 kuah campuq tu dengan ayam goreng cili hijau...perhhhhhh. Saya ni kalau briani ka, tak kisah sangat tapi hat kandaq ni susah nak tolak...boleh habis sepingan makan sorang macam dalam gambar tu tapi dengan syarat ayam kena share la, besaq kot ayam tu. 

Ada sapa2 nak join tak, jom besok makan lunch dekat Ibrahimsha Nasi Kandar 💖

Wednesday, August 8, 2018

Check up semalam

Assalammualaikum semua...

Baru lepas buat general medical check up pagi semalam. Benda wajib buat setiap tahun ikutkan tapi saya nan hado nak ikutnya. Ini kali baru nekad untuk pegi sebab TERsedar yang diri ini pulun hari2 takpa buat sebarang medical check up. Kira terasa diri tu macam sihat walafiat tanpa sebarang masalah gitew, walhal....😕😓

So far saya lulus ke semua ujian tadi, general je pun not in details untuk wanita 40-an ini. Nak buat jugak rawatan susulan tu tapi tunggu dulu kot, tak sempat tadinya.

Lepas tu tadi la citernya, masa jumpa doctor (nama di RAHSIA kan)...sempat lagi doctor tu bercerita pasal harta2 sepencarian suami isteri. Paham2 la maksud HARTA SEPENCARIAN tu kan apanya. Complete question sampai semua harta tu atas nama siapa?!!! ko ngase...

Okay, di sini ada pelbagai rasa sebenarnya. Pada saya, soalan2 macam tu saya akan layan biasa2 je. Mana yang okay untuk di jawab tanpa perlu details. Tapi jangan sampai saya rasa annoying, itu baru saya akan MENOLAK setiap soalan malah akan mintak jangan tanya apa2 lagi berkaitan dengan apa yang cuba doctor ni nak buat. Saya rasa doctor ni agent untuk permasalah2 seperti ini. Iya betul, sekiranya ada berlaku apa2 dalam rumah tangga setiap pasangan...harta adalah akan menjadi 1ST CLASS perbincangan/berdebatan setiap keluarga ke dua2 belah pihak tak kiralah walau macam mana BAIK sekali pun 'mereka'2 sebelum itu. 

Bagus untuk pengetahuan, sekurang2 doctor tu prihatin tentang PERMASALAHAN dalam agensi kekeluargaan seperti sekarang ini. Kita ni kalau tak berdepan atau pun mendengar permasalahan orang lain, kita pun mungkin tak tau setiap masalah dan cara menyelesaikannya mengikut undang2 Islam. Jangan buat main2 dengan HARTA, boleh bergaduh 7 keturunan weh...ingat tu.

Sambil2 doctor ini check result perubatan saya sambil bercerita pasal harta2 tadi tu la...at the end kami tukar2 card nama. Untuk simpanan saya nanti, kot2 ada permasalahan di masa hadapan. Anak bulus dekat rumah tu pun perlu dituntut hak penjagaannya 😸

Menu dinner malam tadi, ayam masak ape ek nak bagi nama. Klise sikit la, masakan main campak2 je ikut apa saja bahan yang sedia ada. Selebihnya nak habiskan balance sayur2 tu sebab dah lebih 3 hari berkurung dalam ice gobek, nanti buruk sayang pulak.

Hari ini saya dah di Johor semula, flight pagi tadi. 5am dah keluar rumah nak kejarkan ERL 520am tapi terlepas jugak. Kena tunggu next trip @ 540am. Cuak jugak pada mulanya, takut terlepas boading time tapi alhamdulillah, just in time. Berkelana lagi about this 3 days, inshaAllah 💪

Monday, August 6, 2018

Nasi ambeng dan berat

Assalammualaikum semua...

Paneh aiii sekarang ni, malam tadi rasanya tak lena tido sebab kepanasan. Baca doa turunkan hujan tapi tak turun2 jugak, agaknya doa tu tak cukup ikhlas lagi gamaknya 😟 Pagi semalam dekat area rumah saya tu adalah renyai yang kalau ikut kiraan masa tak sampai 10 mins kesan air pun hilang. Memang sikit je dan tak mampu membasahkan jalan badan saya yang sedang berlari masa tu. Harap2nya hari ni turun la hujan...ameen.

Gambar di atas ini adalah sejenis makanan yang di beri nama NASI AMBENG. Ini adalah PERTAMA kali saya makan sejenis makanan ini. Jangan kata hakak kampung sangat ye jah, cuma hakak bukan datang dari kampung jawa or keturunan jawa je. Katanya makanan ini adalah asal kelahirannya dari Jawa gitew. 

Post jugak makanan ini dalam IG tapi ramai yang kata nasi ambeng bukan gaya gitu. Ini bukan hasil tangan hakak hokey, beli semalam dekat gerai jualan sarapan pagi area rumah. Dah makcik tu kata ini adalah nasi ambeng, maka pelajaran pertama hakak semalam adalah mengenali rupa paras nasi ambeng serupa dalam gambo tu. Kalau makcik tu punya nasi ambeng tidak seperti yang sepatutnya...bukan salah ibu mengandung hokey 😎

Saya setakat ini merasakan diri ni macam okay je, berat maintain or dalam erti kata sebenar bertambah sikitttt la berat badan sebab kurangnya senaman sekarang ni. Semalam timbang menggunakan alat penimbang yang diyakini baik keadaannya tanpa sebarang sabotag dari insan2 yang merasakan dia yang paling ringan 😅

Anggapan ku tidak benar sama sekali. Rupanya berat badan makin menurun dari berat asal 3 bulan lepas adalah 51kg. Makan adalah berselera naga tapi rasanya hakak mem'bela' kot, belaaan hakak tu makan sorang je rupanya...tak share kekenyangan dengan hakak ni. Nak sekolah kan belaan hakak lepas ni la, REZEKI dikongsi bersama.  

Thursday, August 2, 2018

Kosong

Assalammualaikum semua...

02nd of August 2018, sekejab je kita dah nak ke penghujung tahun...laju betul masa berlalu. Lagi beberapa minggu kita dah nak berhari raya lagi, Idul Adha. Semoga jemaah2 kita di sana sentiasa di lindungi keselamatan dan kesihatan mereka. Dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna hendaknya. Baju raya dah siap ke uolsss 😁

Takde apa pulak yang nak diumpatkan hari ini 😀 Selalu ada je cerita kan...haiiiii la

Cuma nak plan apa aktivity weekend ni je la nampaknya. Maklumlah saya ni WEEKEND wife. Itu je lah hari/masa untuk bersama suami pun. 

Sekarang ni suami dalam proses untuk baik dari demam batuk dan selsema. Awal2 kena tu chronic jugak, tapi he still need to take care himself. Lepas hantar saya ke airport, dia terus gegas ke hospital buat check up. Sekarang ni musim2 virus merebak, takut jugak dibuatnya. Tapi alhamdulillah takde apa2 masalah kecuali kahak dia banyak. Kena makan ubat cairkan kahak la bagai tu. 

Ingat weekend ni, SEKIRANYA suami dah sembuh saja. Nak ajak dia makan ABC, ari tu masa tengah demam2 tu...boleh pulak dia kata teringin nak makan ABC. Agaknya masa tu tekak rasa panas kot. 

Saya ada kegemaran on kaler2kan kuku dan ada banyak kaler dan jenis pewarna kuku dalam simpanan. Yang permenant biasanya saya pakai waktu tak boleh solat, yang peel off pulak waktu yang ada event2 tertentu. Kadang2 kalau tiba2 rasa nak pakai, saya pakai je tak payah nak tunggu event pun. 

Dah tu je nak citer, KOSONG betul minda ari ni.