Wednesday, August 8, 2018

Check up semalam

Assalammualaikum semua...

Baru lepas buat general medical check up pagi semalam. Benda wajib buat setiap tahun ikutkan tapi saya nan hado nak ikutnya. Ini kali baru nekad untuk pegi sebab TERsedar yang diri ini pulun hari2 takpa buat sebarang medical check up. Kira terasa diri tu macam sihat walafiat tanpa sebarang masalah gitew, walhal....😕😓

So far saya lulus ke semua ujian tadi, general je pun not in details untuk wanita 40-an ini. Nak buat jugak rawatan susulan tu tapi tunggu dulu kot, tak sempat tadinya.

Lepas tu tadi la citernya, masa jumpa doctor (nama di RAHSIA kan)...sempat lagi doctor tu bercerita pasal harta2 sepencarian suami isteri. Paham2 la maksud HARTA SEPENCARIAN tu kan apanya. Complete question sampai semua harta tu atas nama siapa?!!! ko ngase...

Okay, di sini ada pelbagai rasa sebenarnya. Pada saya, soalan2 macam tu saya akan layan biasa2 je. Mana yang okay untuk di jawab tanpa perlu details. Tapi jangan sampai saya rasa annoying, itu baru saya akan MENOLAK setiap soalan malah akan mintak jangan tanya apa2 lagi berkaitan dengan apa yang cuba doctor ni nak buat. Saya rasa doctor ni agent untuk permasalah2 seperti ini. Iya betul, sekiranya ada berlaku apa2 dalam rumah tangga setiap pasangan...harta adalah akan menjadi 1ST CLASS perbincangan/berdebatan setiap keluarga ke dua2 belah pihak tak kiralah walau macam mana BAIK sekali pun 'mereka'2 sebelum itu. 

Bagus untuk pengetahuan, sekurang2 doctor tu prihatin tentang PERMASALAHAN dalam agensi kekeluargaan seperti sekarang ini. Kita ni kalau tak berdepan atau pun mendengar permasalahan orang lain, kita pun mungkin tak tau setiap masalah dan cara menyelesaikannya mengikut undang2 Islam. Jangan buat main2 dengan HARTA, boleh bergaduh 7 keturunan weh...ingat tu.

Sambil2 doctor ini check result perubatan saya sambil bercerita pasal harta2 tadi tu la...at the end kami tukar2 card nama. Untuk simpanan saya nanti, kot2 ada permasalahan di masa hadapan. Anak bulus dekat rumah tu pun perlu dituntut hak penjagaannya 😸

Menu dinner malam tadi, ayam masak ape ek nak bagi nama. Klise sikit la, masakan main campak2 je ikut apa saja bahan yang sedia ada. Selebihnya nak habiskan balance sayur2 tu sebab dah lebih 3 hari berkurung dalam ice gobek, nanti buruk sayang pulak.

Hari ini saya dah di Johor semula, flight pagi tadi. 5am dah keluar rumah nak kejarkan ERL 520am tapi terlepas jugak. Kena tunggu next trip @ 540am. Cuak jugak pada mulanya, takut terlepas boading time tapi alhamdulillah, just in time. Berkelana lagi about this 3 days, inshaAllah 💪

7 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
Mudah2an sentiasa sihat

Cik Nor said...

moga sentiasa sihat..

QasehnyaRania said...

morning akak.
semoga sihat sihat sentiasa.
take care
betul tu bab harta sepencarian..
if yg bekerja tu ok lah..
if yg wife tak bekerja.. huhu
mencabar lg rasanya.. mmg patut kena blajar dan ambik tahu bab gitu. bukannya apa utk anak anak di msa akan datang..
nice sharing akak

wah bestnya..
selamat bekerja 😄

Putri said...

Moga sihat selalu
Saya pun pernah terfikir pasal harta sepencarian...walaupun x nk benda buruk tu terjadi..but what if...it happend

wahida said...

betul tu, i kalau org tanya lebih2 mmg i malas nak jawab...mcm bzbody je cara dia..jgn sampai i naik rimas...haha...

dear anies said...

kalau bab2 harta ni mcm pantang 7 keturunan... kalau x dr adik beradik sendiri, dr yg rapat dgn adik beradik (suami isteri anak)

Nina Mads said...

bagus juga doc share.. yelah bkn senang nk bahagi harta tu.. Alhamdulillah moga sihat selalu