Thursday, August 2, 2018

Kosong

Assalammualaikum semua...

02nd of August 2018, sekejab je kita dah nak ke penghujung tahun...laju betul masa berlalu. Lagi beberapa minggu kita dah nak berhari raya lagi, Idul Adha. Semoga jemaah2 kita di sana sentiasa di lindungi keselamatan dan kesihatan mereka. Dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna hendaknya. Baju raya dah siap ke uolsss 😁

Takde apa pulak yang nak diumpatkan hari ini 😀 Selalu ada je cerita kan...haiiiii la

Cuma nak plan apa aktivity weekend ni je la nampaknya. Maklumlah saya ni WEEKEND wife. Itu je lah hari/masa untuk bersama suami pun. 

Sekarang ni suami dalam proses untuk baik dari demam batuk dan selsema. Awal2 kena tu chronic jugak, tapi he still need to take care himself. Lepas hantar saya ke airport, dia terus gegas ke hospital buat check up. Sekarang ni musim2 virus merebak, takut jugak dibuatnya. Tapi alhamdulillah takde apa2 masalah kecuali kahak dia banyak. Kena makan ubat cairkan kahak la bagai tu. 

Ingat weekend ni, SEKIRANYA suami dah sembuh saja. Nak ajak dia makan ABC, ari tu masa tengah demam2 tu...boleh pulak dia kata teringin nak makan ABC. Agaknya masa tu tekak rasa panas kot. 

Saya ada kegemaran on kaler2kan kuku dan ada banyak kaler dan jenis pewarna kuku dalam simpanan. Yang permenant biasanya saya pakai waktu tak boleh solat, yang peel off pulak waktu yang ada event2 tertentu. Kadang2 kalau tiba2 rasa nak pakai, saya pakai je tak payah nak tunggu event pun. 

Dah tu je nak citer, KOSONG betul minda ari ni. 

8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah mcm mcm warna ada tu kak.

Myalycia said...

wah nampak menarik abc tu ..

wahida said...

tu la risau skrg dgn penyakit berjangkit...mudah2an kita semua dilindungi dari sebarang bencana penyakit hendaknya...ameen...

Mimin Adam said...

nk 1 kaler kak. muahahaa

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kaler kuku tu anak2 saya yg rajin pakai time tak bleh solat, entah brand apa.. Mamanya pulak kemaruk dgn inai je.

Baby Breath said...

sedapnya abc tu. nak jugak. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 692

aiezza.sue said...

Happy weekend..panas2 ni🤤menggeram betul abc tu, ye la byk sgt virus sekarang was2 nak bawa anak3 keluar

dear anies said...

sy pakai jg ann... tp kn bla lama x pakai dia jd mengeras dan melekit... so sy ganti pakai inai je laa... ;-)