Thursday, September 27, 2018

Thursday, 27th September 2018

Assalammualaikum semua...

Lemau lahai ari ni after longgggg working day. Kerja memang banyak tapi perasaan lemau tu terpancar di muka tau, aura kelesuan terserlah gitew πŸ˜‚ Tak sabar nak balik petang ni, walaupun sekejab saja tapi dah mencukupi. 

Makanan waktu lunch tadi adalah HAMBAR, takde yang menarik langsung. Tak tau nak ambik apa dah, dok repeat makanan yang sama je...BORING. Tak makan nanti lapo, nak keluar makan pulak...MALAS. Kawan ajak makan makanan untuk meeting tapi MALU melebihi kemahuan...takpe next time je 😎

Kan seronok petang2 makan roti bakar dengan segelas nescafe panas πŸ˜‹

Saturday, September 22, 2018

Saturday - 22nd September 2018

Assalammualaikum semua...

Yeahhh time to go home πŸ’ƒtapi tidak dapat balik pulak this week atas tuntutan kerja yang tak pernah habis 😭 Today pagi2 lagi laundry collector dah tekan2 loceng bilik, memang annoying betul time tido kena kacau macam ni...jangan harap saya nak bangun kan. Besok pagi saja plan nak hantar dobi dekat luar, bosan hotel ni punya laundry tak bau ape pun pakaian selepas dicuci. For jacket and coverall memang saya cuci sendiri, lagi senang hati bila 2 benda tu berbau wangi πŸ˜€

Teringin pulak nak makan KFC, besok kena pegi Sg Rengit demi sebungkus ayam KFC.

Today deal business with other person yang doing business like kawan2 laga pipi pulak...so annoying πŸ˜’ When it's come to work, please be PROFESSIONAL ye. Friend is friend la, any how aku bukan CLOSED friend dengan dia pun kalau nak laga2 pipi sangat. So UNPROFESSIONAL!!!

Today also i have a big and most important event to attend and so PROUD to be part of it too. Not much to reveal on my job life 😊

Seronok sampai bilik petang tadi, perut pun kenyang mintak tilam bantal je. Tak tunggu lama, selesai solat terus tarik langsir bagi gelap bilik, aircond bagi sejuk, tarik selimut dak tido. Sedar2 dah malam je ✌ 

Yeayyyy happy weekend gaissss 

Friday, September 14, 2018

Friday - 14th Sept 2018

Assalammualaikum semua...

Baru lepas hantar suami ke bus stop, tunggu sampai bus ke KL berlalu baru saya teruskan perjalanan ke office. Sebelum tu breakfast sama dekat2 dengan bus stop tu jugak. Suami ambik bus pagi ke KL, nak sampai cepat + risau kan kucing di rumah jugak. Next weekend macam tak boleh balik KL, nampak gayanya another 2 weeks i'll be back to KL pulak.

Menjelang ke tengah hari, punya lah paneh lit2...tengok awan cerah, takde tanda2 nak hujan. Waktu2 macam ni jangan duduk di tempat terbuka, mau berbelang badan. Hati masih mengharapkan hujan turun, tak lebat renyai2 pun jadilah...kesian bumi kekeringan sekarang ni. 


Sampai ke petang sudahnya takde tanda2 hujan nak turun. About 4pm dah cabut balik, takde pending kerja...besok je sambung. Balik awal boleh elak jammed, kereta tak banyak on the road lagi. Bukan nak memecut pun cuma rasa macam relax bila drive tu, lori2 gedabak pun tak keluar lagi. 

Malam tak pegi gym, semalam dah pegi dan malam ni recover. Nak turun dinner pun malas sebab dah makan cekelat. Keluar pegi beli yogurt, low fat milk and instant noodle je. Teringin nak makan nasi goreng cina dekat Madam Kwan, ok simpan niat dulu...balik KL nanti pegi la mencari 😁

Monday, September 10, 2018

Monday - 10th Sept 2018

Assalammualaikum semua...

Siang tadi kemahen hangat bumi, petang ada hujan lebat turun dan malam ni sejuk bumi Allah, alhamdulillah. Hari ni not much happen, cuti in lieu sempena birthday agung πŸ˜‡ Sebelum tengah hari keluar pegi office ambik barang personal, ada dalam 2 beg jugak bawak keluar...barang2 lain yang tak sempat kemas tinggalkan dulu. Besok kalau balik KL lagi boleh ambik balance barang yang tinggal.

Lepas tu teruskan plan to MyTown, pertama kali jejak ni gara2 nak mencuba resto korea di sana. Cari parking memang la 'GAMPANG' versi Malaysia ye, pusing berkali2 tapi takde langsung parking sampai saya dah nekat sekali pusingan je lagi, if takde jugak...bayar parking dan keluar terus. At last dapat jugak, memang mengila la nak datang MyTown ni, payah nau nak parking...ramai gamaknya yang tak out from town rupanya. Terus mencari tempat makan yang dihajati, mujur tak perlu nak 'Q' dan boleh makan dengan tenang. Lepas lunch, saja jalan2 dalam MyTown tu...tengok apa yang ada didalamnya. Okay overall boleh datang lagi tapi not on weekend la ye, macam lahanat nak mencari parking. Nak lagi senang datang naik MRT je. Sempat la shopping pants dekat Uniqlo πŸ˜€ 

Keluar dari MyTown langsung saja ke Tesco untuk misi mencari makanan kucing tapi singgah minum petang di Secret Recipe, kan dari 3pm-5pm makan cake dapat kopi free...mane nak dapat kan πŸ˜„ Lepas tu baru cari barang dalam Tesco dan terus keluar bila dah complete. 

Selepas tu terus ke pet shop mencari pasir kucing. Brand yang biasa guna dah habis, terpaksa beli brand lain pulak, hope kualiti okay la...suami cerewet sikit bab2 pasir kucing ni. Maklumlah sekarang suami yang menjaga semua kucing2 di rumah masa saya takde πŸ˜… 

cendol

bihun sup

Selepas selesai segala urusan, jalan2 petang...usual activity bersama suami. Pusing2 la ikut mana nak pergi. Terus singgah early dinner, bihun sup dengan cendol. Lepas tu terus balik rumah selepas seharian keluar memenuhi segala agenda. 

Besok sudah mahu pulang ke Johor, lega bila semua urusan di rumah dapat diselesaikan πŸ™Œ

Wednesday, September 5, 2018

Juasseh Green Run 2016

Assalammualaikum semua...

Please noted, waktu kejadian untuk cerita ni dah lama...2016 gitu tapi nak jugak dijadikan entry kenangan (kliseee sangat 😎). Banyak jugak dah lupa kisah waktu kejadian, saya up apa yang ingat je la ek. 

Dah lama saya teringin nak masuk acara larian luar dari kawasan Seremban tapi masih dalam Negeri Sembilan sehinggalah terjumpa program larian ini. Juasseh Green Run, anjuran Juasseh Agro Park @ NS Dairy Farm Kuala Pilah. Ni kilang susu fresh yang dah lama beroperasi dan selalu bekalkan susu keluaran mereka di sekolah2 sekitar Negeri Sembilan. Ingat la masa saya sekolah2 dulu, selalu jugak mintak arwah ayah belikan susu segar ni...sangat mengimbas kenangan betul.

Nama je anak nogori tapi mengagau jugak nak mencari sekolah ni yang dijadikan tempat berkumpul dan tempat acara larian berlangsung. Apa lagi, bantuan pakcik WAZE amat diperlukan ye. Perjalanan dari Seremban hanya kurang dari 1 jam perjalanan dengan kapasiti kenderaan kurang dan tak perlu nak memecut sangat.

Memandangkan sampai awal (tak sampai 10 orang yang sampai waktu tu), organizer pun baru nak open table. Sampai awal ni pun gara2 tak tau tempat, takut pulak sesat nanti dah buang masa di situ. Rupanya senang je cari sekolah ni. Dapat la tumpang guna tandas cikgu sekolah, mujur dapat guna tandas cikgu sekolah...kalau tandas murid2 😝

Acara dimulakan dengan senamrobik oleh cikgu pendidikan jasmani sekolah ini, hensen...tahap 'anak2 ikan' gitew. Saya ikut je la, dah tak tau nak buat apa + rasa macam jadi tumpuan pulak dekat situ. Acara rasmi adalah larian untuk 10km dan 5km berkonsep merentas desa. This is what am aiming for. Terasa macam zaman2 sekolah rendah dahulu, lari dari sekolah lepas tu masuk kebun getah, lari keliling kampung and patah balik ke sekolah. YES dan itu yang membuatkan saya nak sangat join acara ni.

Pelepasan peserta adalah dari sekolah ini, lari terus sekitar kawasan kampung dan seterusnya masuk dalam kebun getah. Lari dalam kawasan kebun getah adalah berbukit2 dan jalan tidak rata seperti jalan bertar, kena hati2 sepanjang larian. Dalam kebun getah tu adalah beberapa cikgu dan murid2 sekolah volunteer menjaga disetiap selekoh. Keluar semula ke jalan bertar dan teruskan larian sehingga ke garisan penamat di kawasan Juasseh Agro Park sendiri.     

Official results takde, rasanya organizer main tulis2 tangan je + ini cara tiada hadiah disediakan...fun run je kot. Saya adalah peserta ke 2 sampai ke garisan penamat (dalam hati ada sikit kecewa la) kalau ada hadiah, mesti dah dapat. Dapat snack pack berupa nasi lemak daun pisang, susu lembu berperisa dengan pisang. Jadilah dari takde langsung πŸ˜₯ 

Sijil penyertaan dan medal sebagai kenangan. Larian ni sangat mengimbas masa mula2 saya join larian merentas desa masa zaman sekolah dulu. Saya start lari dari darjah 5, 11 tahun dan tak pernah pernah berhenti sehingga kini di usia level veteran dah. Adalah hickup di tengah2 usia tu, beberapa tahun jugak gantung kasut lari tapi dapat kembalikan momentum larian ke tahap utama sekarang ni. YES, kawan2 adalah pendorong utama...tapi mestilah berkawan dengan yang suka aktiviti yang sama. 

Still mencari acara country run (merentas desa) seperti ini, keterujaan itu masih di tahap tinggi lagi. Seronok lari di kawasan kampung ni, sejuk mendamaikan...

Saturday, September 1, 2018

Merdaka Day

Assalammualaikum semua...

Macam mana sambutan Hari Merdeka uolsss. Tengok perarakan kah, bercuti2 kah or berlingkar atas katil sampai ke petang πŸ˜‚ Baik ngaku, jangan malu...takde sapa nak marah pun.

Hari Merdeka saya macam biasa saja, pegi kojo kais pagi makan malam ye. Apa nak buat pun, takkan nak memerap seharian dalam bilik ngadap tv...mau tepu otak. Baik lah masuk office buat kerja, kalau takde kerja pun...cari je biar sampai ada kerja πŸ˜€ Tak la nak tunjuk rajin pun tapi bagi memenuhi masa free yang terluang sambil tolong menolong orang lain sama2 siapkan kerja mereka, 1 Team katanya.

Bila petang suami sampai di Johor, ye sekarang kami alternate ulang alik JOHOR-KL...besok pagi balik la dia semula. Ginilah resam weekend lakibini, pandai2 la nak hidup bujang seketika 😎 

Menu merdeka day gitu dinner malam tadi, bihun sup. Sebanyak mana menu dekat kedai makan, tetap ini jugak yang saya pilih. 

Ada terbaca baru2 ni in news mengatakan yang Agong cancel his birthday celebration and return fund to the goverment. Rasa2nya CUTI pun cancel tak 😩Suspend jugak ni, harap2nya rakyat marhain semua still boleh menikmati cuti sempena sambutan hari jadi tuanku walaupun tiada sambutan. Semoga tuanku dikurniakan kesihatan dan tenaga yang baik sepanjang pemerintahan tuanku, inshaAllah. 

Pernah buat pertukaran penutup bekas brand Tupperware. Saya ni bukan members tapi abang dan kakak ipar saya YES. Saya ada banyak penutup bekas yang dah kocak macam dekat atas tu. Benda biasa guna, lama2 kocak/rosak jugak jadinya. Masa raya puasa lepas saya bagi semua menutup2 yang rosak tu untuk ditukar kepada yang baru. Baru2 ni dapat dah penutup yang baru tapi tak dapat warna yang sama sebab tu warna lama tapi digantikan dengan warna yang baru, MERAH ko. Takpelah asalkan dah ada penutup dan boleh digunakan semula, syukur. 

Cuma ada satu, bekasnya dah pecah sikit tapi tak dapat ditukar. Sayang betul, besar kot bekas tu πŸ˜₯ sudahnya saya buat bekas letak spices je la, berguna jugak dari buang macam tu je. Pecah sikit je kot, bukannya terbelah sampai tak boleh digunakan lagi.

Uolsss kalau ada penutup bekas brand Tupperware yang dah kocak/rosak, boleh tukar ye tapi kena cari kawan2 yang members Tupperware untuk uruskan. Rugi kalau dibuang macam tu je, mahal kan masa beli tu. SAYANG!!!