Sunday, November 25, 2018

Sunday, 25th Nov 2018

Assalammualaikum semua...

Bangun sekitar 8am selepas tidur semula after solat subuh. Plan memang tak nak keluar jogging hari ini, misi membersihkan dapur perlu diteruskan lagi. Terlalu banyak habuk dah, lebih kepada membersihkan bulu2 kucing yang banyak berterbangan dalam rumah. Kesian suami, sekarang semput dia getting worst because of bulu kucing terutamanya. Semalam dah bersih separuh dari kawasan rumah, sampai saya pun dah tak larat nak layan bersin lagi. Dari pagi kerja menyental habuk sampai ke tengah hari. Berhenti masa tengok siaran ulangan final GV je (tak dapat tengok live). Inilah akibatnya kalau suami ditugaskan menjaga rumah tangga 😃

Tengah hari lunch dekat MZ, suami teringin nak makan nasi budu katanya. Tapi yang pasti saya makan 2 pinggan nasi 😀 Tak boleh tahan dengan budu ni, memang mengundang sangat. Suami makan tak tambah pun, ngelat sebab pagi dia dah makan nasi lemak. Menu kami kalau makan nasi budu cukup sekadar ikan bakar or rebus dengan telur dadar + ulam dan wajib BUDU TEMPOYAK la. Mission setiap kali balik KL, layan apa saja yang suami nak makan. Reward dia sebab dah jaga rumah kucing2 dengan baik sepanjang saya tiada. 

Terus saja ke Citta Mall, nak minum2 kopi pulak. Tapi dekat situ nak minum2 tu macam takde tempat sepadan pulak. Jumpa Starbucks tapi dalam punyalah penuh, duduk luar paneh tapi duduk jugak dah kalau takde tempat dekat dalam takkan nak buat muka ketat pulak. Memang gigih sekarang ni mengopi di Starbucks sebab nak kumpul point to redeem 2019 PLANNER 💪 

Dalam sejam saja lepak di Citta Mall, by 4pm dah kena keluar dan menuju ke Subang Airport...time to pulang. Saya memang prefer KLIA lagi tapi kesian suami kena hantar jauh, Subang better la kan. Lepak mengopi sorang diri selepas suami drop off, dah tentu di Starbucks jugak...nampak tak kegigihan mengumpul point di situ 😁 About 515pm baru masuk boading area, flight Malindo 530pm to Johor Bharu. 

And now, reality. Dalam bilik hotel sambil melayan Fox Movies - MI Ghost Protocol + laptop buat kerja2 update for tomorrow agenda + layan secawan Nescafe panas cicah dengan biskut Tiger. Rasa2 mengantuk nanti tidolah dan routed same life sampai hujung minggu 😂 Ini adalah aktiviti kami sebagai suami isteri PJJ (Perhubungan Jarak Jauh). 

Lunch malam minggu, resto arab layan roti depa. Suka yang jenis lembut ni, cicah pulak dengan kari depa tu...ermmm tapi dalam gambo ada yogurt pulak, kari tak sampai lagi.

Shawarma tak berapa padat, tapi takat nak buat appetizer boleh la. Nak shawarma yang sedap ada dekat resto arab Ampang Avenue, sungguh ni cuba la 👍

Sunday, November 18, 2018

Gulai Kerisik Ikan Tongkol

Assalammualaikum semua...

Hari ini kelas belajar masak memasak. Well today is Sunday uolsss, mak2 biasanya memang di dapur la tempatnya kan 🙆 Blog ni dah sendu sikit dengan kelas belajar memasak tapi kadang2 tu nak jugak la up sikit resepi hado2 sikit. Nak la kabo yang hakak ado gak memasak sesekali bila balik KL tu. Kang suami hakak 'makan luar' mau pening kelapa dek non oiii 😥

Siang tadi sebelum balik ke Johor, hakak masak lauk makan lunch...gulai kerisik ikan tongkol. Resepi menyusul di bawah, seperti biasa kuantiti bahan ikut kesesuaian masing2.

bekalan yang hakak bawak dari rumah untuk dinner tadi di bilik hotel

Bahan2:
Ikan tongkol
Bawang besar (dihiris)
Kulit kayu manis
Kerisik
Rempah gulai ikan (bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes)
Santan
Minyak masak
Asam keping
Garam 

Bahan kisar/tumbuk:
Bawang besar
Bawang putih
Cili api merah
Halia
Kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang dihiris bersama kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar/tumbuk dan kacau sehingga mesra. Masukkan rempah gulai ikan dan kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan dan kerisik, kacau sehingga semuanya mesra dan mendidih.

Apabila telah mendidih, masukkan ikan tongkol dan asam keping. Akhir sekali masukkan garam/gula secukup rasa. Kacau gulai sehingga mendidih dan boleh dihidangkan. 

Tuesday, November 13, 2018

Tuesday, 13th November 2018

Assalammualaikum semua...

Pagi2 dah ada panggilan bawang merah bawang putih, loteh la nak layan bawang2 ni semua tapi kadang2 kena hadap jugak. Sebab yang nak membawang tu sebenarnya lebih kepada nak meluahkan perasaan je, iolsss ni sebagai PENDENGAR SETIA gitew 😀

Nothing much to share, segalanya berjalan seperti biasa. Hope semuanya baik2 saja, same goes to uolsss all too 😁 

Suatu petang, mencuba Shinjuku Caramel from Secret Recipe. Not bad rasanya, suami pun suka. Saya makan sesudu, the rest dia habiskan 😅

Geram punya pasal, saya ambik cake slice Red Velvet. Why not look red in this photo 😕 Chicken pie too and of course my fav coffee as well. 

Wednesday, November 7, 2018

Wednesday, 07th November 2018

Assalammualaikum semua...

Bekerja macam biasa hari ini selepas cuti dari Ahad sampai semalam sempena hari raya Deepavali.

About 3pm tadi dapat berita, makcik saya telah meninggal dunia di Jasin Melaka. Jenazah akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan untuk dikebumikan malam ni. Arwah meninggal pada usia 89 tahun and merupakan adik kepada arwah ayah. Hanya ada seorang lagi makcik saya yang masih ada which is adik yang bongsu dari adik beradik arwah ayah. Semoga diberikan kesenangan dalam proses pengkebumian malam ini. Saya tidak dapat pulang sebab baru saja sampai Johor pagi tadi 😭

Last Sunday dapat makan nasi budu dekat MZ, dah bahgia sangat rasanya. Bukan senang nak dapat makan budu sekarang ni 😀

Okay, ini je yang menarik untuk dikongsikan. Jumpa lagi next entry. 

Friday, November 2, 2018

Friday, 2nd November 2018

Assalammualaikum semua...
Salam Jumaat, semoga kesejahteraan sentiasa bersama dengan kita.

Terlalu cepat minggu ni berjalan, kita dah berada di bulan November 2018. Bermakna kurang dari 2 bulan lagi kita bakal meninggalkan 2018 dalam sejarah. Rasanya tentu dah banyak target dicapai untuk tahun ni kan. Harapnya segala perancangan berjalan dengan baik dan tersusun. 

Cuaca di sekitar Desaru sehari 2 ini adalah sejuk dingin. 3 hari in a roll hujan setiap pagi dengan kadar purata yang lebat, angin kuat. Macam pagi tadi, 3am terjaga sebab bunyi guruh yang kuat beberapa kali. Lepas tu terus jadi tidur2 ayam 💤

Today genap seminggu takde message langsung my suami. Hopefully baik2 hendaknya. Kami kena faham, masing2 ada commitment sendiri dalam hal kerja. Kena banyak sabar dan PERCAYA. Itu yang kami 'pegang' sekarang. Bukan senang untuk stay berjauhan suami isteri tapi so far we both good on this situation 😀

Tomorrow saya balik KL, cuti direct sampai Deepavali 🙌
  
Menu dinner malam tadi, plain naan dengan ayam tandoori. Teh tarik halia, mintak halia tumbuk sebab rasa perut kembung angin pulak. Masalah perempuan bila dah 'datang bulan' memang selalu macam ni 😬