Saturday, December 29, 2018

Asam Pedas Tempoyak

Assalammualaikum semua...

Pernah dealing with childish person?! Macam mana korang handle situasi bila berhadapan dengan childish person ni?! Maybe ada yang tidak begitu banyak kerenahnya tapi kadang kadang situasi itu boleh bertukar disebaliknya. Benda ni menjadi 'beban kepala hotak' saya sekarang ni. Shit, benda ni aja boleh buat saya tak lena tidur malam. 

Minta petunjuk dalam setiap solat saya, mohon mudahkan urusan agar tidak ada yang terasa hati dalam setiap tindakan. InshaAllah.  

Terus saja ke resepi seterusnya, asam pedas lagi. Tapi kali ini versi ada tempoyak pulak.

Bahan bahan:
1. Ikan patin
2. Bawang merah - ditumbuk
3. Bawang putih - ditumbuk
4. Tempoyak
5. Bunga kantan - dihiris kasar
6. Cili padi - ditumbuk kasar
7. Daun kesum
8. Asam keping
9. Air secukupnya
10. Garam n bahan perasa 

Masukkan ikan dalam periuk bersama semua bahan bahan di atas kecuali garam dan bahan perasa. Masak sehingga mendidih dan perasakan. Dah siap! Senang je kan 😀



Sunday, December 23, 2018

Paprik Ikan Selar

Assalammualaikum semua...

Nak share satu lagi resepi ikan selar yang selalu saya sediakan di rumah. Mungkin saya ini pengemar tegar ikan selar atau maybe ikan selar antara ikan yang mampu beli dalam keadaan ekonomi ketika ini 😔

Resepi ni memang dan selalunya saya tak perlu sediakan menu lain lagi kerna segala dalam hidangan ni dah ada ikan dan sayur serentak. Lebih menyenangkan lagi, hidangan ni tak perlu kita nak masak beria sangat pun. Cukup sekadar gunakan bahan2 yang sedia ada di rumah saja. Melainkan kalau dah memang ais gobok iolsss kosong, itu cerita lain la pulak ye 😀

Jom terus ke resepinya;

Ikan selar - bersihkan dan lumur dengan garam
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Cili padi - ditumbuk
Bawang besar - dimayang
Serai - diketuk
Tomato - belah 4
Cili giling
Cili merah - dihiris
Kacang buncis, lobak merah, bunga kantan dan nanas
Sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Garam dan gula

Goreng ikan sehingga masak tapi jangan terlalu garing dan asingkan. Gunakan kuali yang sama, masukkan bawang merah, bawang putih, cili giling dan cili pagi. Kacau dan biarkan sehingga cili giling masak. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis, masak sampai mendidih. Masukkan sedikit air, serai dan sayur-sayuran termasuk nanas. 

Bila sayur-sayuran agak layu, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan tomato. Kacau seketika dan tutup api. Hidankan dengan nasi putih dan boleh perahkan limau nipis dalam hidangan itu 😋 
Ini menu dinner saya tadi. Ambik nasi putih dekat cafe bawah. Bekalan dari KL, masak pagi tadi sebelum balik. Sempat la bekalan sejuk secukupnya sebelum ditutup bekas bekalan tu.

Roti jala dengan kari ayam ni pulak menu dinner malam semalam sambil melayan marathon movie Die Hard. Coffee oh coffee, tak tau macam mana nak berhenti minum benda ni. Setiap hari mesti minum 3 cawan 😶 

Sunday, December 16, 2018

Saturday, 16th December 2018

Assalammualaikum semua...

Punyalah malas, memang saya habiskan masa dengan melayan segala movie yang ada dekat HBO, Fox Movies event Diva channel pun katam semua untuk hari ini. Suatu penyakit lama dah kembali di mana saya memang suka setiap kali December, ada banyak movie2 best berkenaan Merry Christmas. Bukan nak mengagungkan perayaan mereka, tapi movie2 mengenai Chrismas ni memang best2 belaka.

Masak lunch pun ala kadar, menu kegemaran lagi senang semestinya ikan singgang dengan ulam2 bersama budu. Dalam erti kata lain, menu nasi budu kita hari ini. Semalam dah makan nasi budu tapi berbayar punya, tak puas kekdahnya la tu. Hari ini kita repeat lagi tapi versi masak sendiri. Suami dah keluar sekitar 10am tadi, ada meeting tapi katanya akan balik untuk lunch sama. Kesudahannya saya lunch sorang jugak sebab dah 2pm pun still tak balik lagi. Perut saya ni on time punya jenis, tak boleh nak lewat2 makan...mau buat drama sakit perut masuk angin nanti. Sekitar 4pm baru suami balik, makanlah sendiri ye...layan diri. 

Niat di hati petang tadi nak keluar jogging sebab kegagalan berbuat yang sama pagi tadi sebab muka saya naik bengkak2 alergic. Tapi terpaksa cancel jugak, hujan sekitar 5pm sampai tengah malam ni still tak berhenti lagi. Cuba usaha lagi untuk besok, maklumlah saya ambik cuti sampai Rabu ni 😁🙌 Semoga dipermudahkan hendaknya.

Tadi malam selepas Isyak, ajak suami dating minum2 kopi di Starbuck. Macam biasa bukannya nak berbual tapi lebih kepada check email dan access internet saja. Dapat jemputan dari anak saudara, birthday party cucu yang ke 4 tahun minggu depan. Aduhaiii maybe tak dapat balik, besok nak pegi cari hadiah nampaknya untuk cucu. Budak tu sekarang dah semakin banyak kegemarannya. Kali ini dia suka dinosaur pulak dan dah semestinya bertemakan yang sama untuk birthday party tu nanti. Ingat lagi tahun lepas tema tractor sampai kek pun tractor jugak.

Memang perasan semenjak kerja jauh ni saya sering tak dapat turut serta apa2 activity keluarga walaupun sudah dimaklumkan lebih awal, last minutes jangan cakap la...memang sure tak join. Sama jugak dengan any news about kematian or ahli keluarga yang sakit, nak melawat tu memang susah dah. Harapannya ahli keluarga memahami kekangan masa dan kedudukan saya yang jauh dari mereka semua. Selalunya saya akan wakilkan suami untuk datang tapi kadang2 suami pun tak dapat nak berjanji sangat, dia pun kerja tak menentu kedudukan lokasinya.

Itu je nak kongsi untuk hari ini. Not much as usual. Cuma seronoklah sikit dapat bercuti selama 5 hari. Tidak ke mana2 pun, hanya duduk lepak di rumah penuhkan masa hanya dengan berehat sahaja...this is holiday that i dream of 💆💅💇  


Semalam petang pekena rojak mee dengan cendol di Bellamy, mampuihhhhhh dek kesedapnya 😋

Wednesday, December 12, 2018

Wednesday, 12th Dec 2018

Assalammualaikum semua...

Macam mana mood hari ini selepas pasukan kita seri 2-2 menentang Vietnam malam tadi. Saya ni dok geram la dengan commentator malam tadi tu, membebel je macam dia pulak yang main kan. Ish memang annoying la 😠 Tak sabar dah ni nak tunggu games Sabtu ni, hope pasukan kita boleh beraksi lebih baik lagi dari games malam tadi 💪

Itu je yang menarik untuk dikongsikan sekarang ni. The rest banyak berkisar pada normal live which is too bosan to share pun 😳  

Tak sabar nak balik KL weekend ni mengopi sambil makan desert bersama suami.

and this is what happen during my free time, still mencari kerja sampingan walaupun cuma main kaler2 kuku 💅

Thursday, December 6, 2018

Wednesday, 05 December 2018

Assalammualaikum semua...

Hari ni bersiaran di Kuala Lumpur. Seronok la haiiii balik ke rumah walaupun hanya untuk 2 malam saja on business trip 💃🙌

Hari ini sudah mau kembali semula ke Johor, flight malam nanti. Keluar rumah dengan suami about 730am, seronoklah sekarang ni cuti sekolah...perjalanan dari rumah ke office kurang dari 30mins perjalanan saja. Masih tak boleh nak faham, kenapa kalau musim sekolah je perjalanan yang serupa tapi ambik masa lebih dari 1 jam, cannot brain at all 😶

Tak beli breakfast walaupun berkira2 jugak asalnya nak singgah beli kopi ke tidak. Sudahnya about 11am dah kebuluran. Turun bawah sama teman untuk temanin dia ke kedai cermin mata beli contact lenses, emergency sebab lense dia dah terkoyak. Alang kepalang turun langsung saja saya beli makanan untuk lunch, tapau Udon dekat Family Mart. Benda tengah viral katanya, malas nak beratur panjang kalau dah sampai lunch hour nanti. Tengah takde orang tu lah masa yang paling di tunggu2 pun. 

Dalam waktu lunch tu dapat pulak roti Roti Boy, rindu betul dengan bau kopi roti ni...rezeki Alhamdulillah. Simpan buat makan during kopi time petang, perangat bagi panas semula yammeh.

By 515pm off from office, terus balik ke rumah untuk refresh sekejab. Suami just tunggu dalam kereta je. Terus keluar semula after that and dinner. By 730pm terus ke ERL station, sudah mau pulang via flight 930pm. Tapi geram la sebab flight delayed, mujur 1/2 jam je but STILL delayed 😣

La ni selamat sampai ke residence tepat 12am. Mata dah segar bugar tak boleh nak tidur. Okay ON laptop, update entry ni sambil layan movie ape tah dekat Fox Movies channel. Hope another 10 mins mata boleh mengantuk semula 🙊 

Itu je kejadian sepanjang hari ni, jumpa lagi 🙋  

bihun kari menu dinner tadi, sedap kalau tambah dengan sambal cili tu

Saturday, December 1, 2018

Asam Pedas Ikan Selar

Assalammualaikum semua...

Saya sangat suka makan asam pedas, dalam seminggu mesti kena ada menu asam pedas untuk saya makan. Kalau takde tu macam ada rasa kekurangan, mesti nak cari jugak asam pedas. Hebat penangan asam pedas ni, kalau dapat pulak yang memenuhi citarasa...boleh bawak masuk mimpi 😀

Pagi tadi ke pasar basah dekat2 rumah saja, nak cari beberapa jenis ikan untuk stock bahan basah di rumah. Kebiasaannya saya cari ikan2 yang sederhana besar sehingga yang kecik. Saya dengan suami suka makan ikan goreng kunyit, kalau yang besar2 tu macam tak syok pulak untuk digoreng kosong macam tu. Masa memilih ikan tu, jumpa ikan selar yang molek2 pulak...terus terfikir nak masak asam pedas la 😁 Pasar basah ni yang seronoknya boleh dapat bahan2 lain secara fresh, jumpa bunga kantan cantik2 jugak. Jumpa nenas madu comel2 + harga boleh tahan murah, penuh jugak sekarung beg selepas shopping dekat pasar ni.

Seawal 10am tadi saya dah mula memasak, membuak2 betul semangat nak makan asam pedas dengan suami hari ni. Meh tengok resepi:

Bahan2:
Ikan selar
Nanas madu - hiris tebal
Tomato - belah 4
Bunga kantan - belah 2
Serai - diketuk
Daun kesum - cuci bersih dan toskan
Pati ikan bilis
Serbuk lada hitam
Air asam jawa
Cili kisar - sekiranya gunakan cili kisar yang sedia ada
Garam dan gula
Air secukupnya

Bahan2 kisar halus:
Bawang merah
bawang putih
Halia
kunyit hidup
Sedikit belacan
Cili kering - sekiranya tidak menggunakan cili kisar sedia ada

Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan masak hingga naik minyak. Pastikan cili betul2 masak dan garing, gunakan api kecil dan kacau selalu supaya tak hangus bahagian bawah. Masukkan air asam jawa dan nanas madu. Gaul mesra dan masukkan air secukupnya untuk kuah. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih. Selepas mendidih masukkan ikan selar dan daun kesum, tambah sikit pati ikan bilis, serbuk lada hitam dan bunga kantan. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur dan perasakan. 

Akhir sekali masukkan tomato, biarkan sekejab dan boleh matikan api. Hidang bersama nasi putih, telur asin/telur dadar dan ulam2.