Monday, January 21, 2019

Monday, 21st Jan 2019

Assalammualaikum semua...

Selamat ber-long holiday ya, 3 hari tu kira panjang la kan 😀 But not for me, working 2 weeks street weekend public holiday sapu bersih. Ada big event di tempat kerja, tak boleh nak bersenang lenang sangat.

Other than that takpe apa yang menarik untuk dikongsikan lagi. Life macam biasanya je, bosan kalau nak cerita pun. Ada jugak hiccup tersentuh rasa hati ni dengan keadaan/orang orang sekeliling tapi just let it go. Bila pendam nanti jadi bisul, bengkak menanah sakit tak pepasal kan. Biarkan saja, 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Bila dah ramai ramai tu bukan semua boleh ngam dengan kita pun 😶  

Petang ni nak cari periuk kecik untuk rebus rebus simple, teringin pulak rasanya nak makan keledek rebus. Mujur saja residence tempat tinggal ni ada stove and hood, boleh masak yang simple2. 

Tak sabar nak tunggu Khamis ni, nak balik KL sangat dah. Beginilah lumrah hidup di perantauan 😅😅😅

1 comment:

Cho Zila said...

akakpun suka rebus keledek... dapat yang manistu alamak berebut anak beranak...