Sunday, February 3, 2019

Precious time bersama kawan kawan

Assalammualaikum semua...

Selamat bercuti kepada yang bercuti panjang sempena Hari Wilayah sekalian terus ke CNY seterusnya.Ambil 3 hari annual leave dapat 10 hari cuti, bukan selalu boleh dapat pun kan 😄Berbeza dengan saya yang kena kerja walaupun public holiday. Tak mengapa, cuti panjang pun bukan ada plan nak berjalan pun. Baiklah pegi kerja saja. #naksedapkanhatisendiri 😅

These photos are our last trip to Melaka 2016, dah makan tahun lama jugak ni. Takde la nak update travelog ke hapa cuma nak simpan as a jalan jalan entry bersama kawan kawan baik. Kami ni dikalangan yang busy with family matter, bukan senang pun nak lepas bercuti cuti sakan sangat dengan kawan kawan. Bila dah ada peluang tu, cukup sekadar pergi tempat yang dekat pun dah memadai. Sungguhpun dekat macam ni tapi tarikh tu entah berapa kali berubah 😆

Tiada hotel 3 or 5 stars tapi kami menginap di rest house booked by Anis. Pegi dengan kawan kawan ni memang seronok kalau dapat tinggal dekat rumah saja. So ukhwah tu berpanjangan dari mula masuk rumah sampailah keluar rumah, bilik tidor je lain lain 😇 Rumah ni semua perkakas serba lengkap, boleh memasak kalau perlu tapi kami tidaklah sampai nak memasak bagai. Cuti cuti dalam Malaysia je pun, masih ada banyak makanan dekat 'luar' sana untuk dinikmati. 

Yang kami sediakan di rumah ini cuma minum petang dengan sarapan pagi sahaja, itu pun sekadar sediakan minuman (nescafe semestinya) dan biskut dengan roti yang dibawa sebagai bekalan. Yang lain lain makan di luar saja. Yang utama adalah masa bersama kawan kawan, itu yang PENTING sebenarnya 😉

3 comments:

Cik Nor said...

msa itu emas..hehe

Siti Yang Menaip said...

masa dengan kawan2 baik memang best.
semoga persahabatan kekal selamanya =)

Anis Azalea said...

Kita makan sandwich kot kat rumah tu. Lama dah ni wei..