Sunday, February 10, 2019

Sunday, 10th Feb 2019

Assalammualaikum semua...

Tidak kemana mana, hanya lepak rehat dalam bilik saja. Turun ke lobby sekitar 11am untuk bagi laluan housekeeping kemas bilik sedangkan masa keluar bilik tadi takde pulak ternampak cleaner tu. Tapi itu adalah standard masanya mengemas. About 12pm pergi beli barang untuk masak lunch, tak cukup gigih untuk masuk office semata nak makan free di mess hall 😐

Selesai, kembali semula ke residence dan duduk seketika lagi di lobby sehingga 1pm. Alasannya mudah, nak bagi laluan dekat cleaner bersihkan bilik. Bila tiba masa untuk naik ke bilik, rupa rupanya bilik masih dalam keadaan asal...tak berkemas. Bermakna housekeeping hari ini lambat. Dah geram jugak rasa hati tapi biarlah. Malas dah nak menunggu lagi, terus masuk bilik and gantung sign 'Do Not Disturb'. Saya memang annoying orang dok tekan loceng bilik 😑

Terus masak lunch, lapar dah. Tak kuasa nak menunggu bilik kemas lagi. Besok je kemas, mujur towel ada lagi yang masih baru. Menu lunch adalah bubur oat dengan keledek jepun. Simple tapi cukup mengeyangkan. Teringat pulak masa membeli barang tadi, terjumpa budak office. Bandar Penawar ni bukan besar mana pun, pusing pusing akan jumpa muka yang kita kenal jugak. Saya buat macam biasa saja tapi budak ni macam kalut sikit, entah la lantak pi...tak kuasa hakak nak layan 😗 

Lepas balik dari gym, terus layan mangga dengan kicap cili. Seronok bila dapat makan buah buahan selain dari tembikai dengan honeydew. Bosan sungguh rasanya sebab hari hari makan buahan yang sama semenjak menetap di Johor ni. Agaknya ini yang femes dan murah kot 😒

Up sikit muka jemah di tahun 2019. Saya tak suka sangat tepek muka sendiri dalam setiap entry tapi kadang kadang ada jugak keinginan tu datang. Setahun sekali boleh la ye 😘 

1 comment:

ujie othman said...

ok, akak try ingat muka Ann.
kot balik Johor terjumpa, akak tegur lah. :)

Sunday, 10th Feb 2019

Assalammualaikum semua... Tidak kemana mana, hanya lepak rehat dalam bilik saja. Turun ke lobby sekitar 11am untuk bagi laluan housekee...