Sunday, March 17, 2019

Sunday, 17th March 2019

Assalammualaikum semua...

Ahad, pertengahan March. OMGssss cepat sungguh masa berlalu, now dah pertengahan March, lepas tu April dan terus menerus sampai ke akhir tahun. Ingatkan tahun ni lembab sebab babi kan lembab 😂

Hujung minggu ni turn suami datang ke tempat saya di Desaru. Dan mungkin juga untuk hujung minggu hadapan sebab saya hanya akan pulang ke KL akhir March nanti. Suami sampai 7pm malam semalam dan baru je balik sekejab tadi sekitar 1130pm.

Sepanjang hari ini kami hanya berehat di dalam bilik sahaja, busy dengan kerja masing masing. Dah rasa macam duduk dekat office walhal dalam bilik sendiri dekat residence je pun 😄 Cukup masa untuk makan kami keluar dan balik bilik semula...that our time flies.

And now, saya kembali sendiri. Perasaan setiap kali lepas suami balik, tiba2 rasa macam sunyi sangat bilik ni 😎

Sarapan pagi kami pagi tadi, mintak roti canai tampal tapi macam ni rupanya...naharom betul 😐 Mujur saja kuah dhal tu sedap, sejuksss hati hakak ni.

Okay last limau raya dalam peti sejuk, berjaya habiskan jugak akhirnya. Gigih beli sampai sekotak lepas tu tak larat nak habiskan. Dah yang hadap pun sorang je, makan jugak lah. Takkan nak buang pulak...

8 comments:

Faudziyah Haji Ariffin said...

Tengok roti canai macam menarik saja.. Telur separuh masak

Hana said...

da gak stail roti canai macam tu hehehe

Cik Nor said...

sdapnya roti canai tu..:)

atiehilmi.com said...

hahahahaha~ akak tak pernah beli limau mandarin tu.. kalau beli pun sebijik dua jek.. tunggu lah sesape bagi barulah merasa makan banyak.. kalau beli confirm terbiar sendu tak de sape usik..

Ujie Othman said...

ooh..gitu rupa roti canai tampal. Camtu akak prefer roti telur lah...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bila suami "out station" atau sebagainya memang gitu kan.. sunyi. Tapi akak tengok Ann cekal orangnya dan berdikari.
Sedapnya roti tampal tu.

Nina Mads said...

sedapnyaaaa... tetiba lapaq ni. tahun babi pun masa berjalan pantas. hahaha

Sha Mohamed said...

Salam perkenalan.. Sha follow sini.. Limau tu kalau kat rumah sha seminggu je licin.. hehehe.. Kesukaan Sha tu..