Sunday, April 14, 2019

Sunday, 14th April 2019

Assalammualaikum semua...

Due to recent incident last week, pembekuan cuti sementara untuk golongan marhain tapi attached to management macam saya ni. Redho itu pasrah, macam pernah dengar pulak ayat ni. Harapnya minggu depan boleh balik ke Kuala Lumpur sebab saya dapat undangan walimatulurus dari seorang kawan tapi lebih kepada seorang adik. Memang menantikan majlis beliau. Entah mengapa, saya rasa memang nak hadir sangat majlis ni. Mungkin ukhwah seorang kawan aka adik itu begitu kuat walaupun bukan kenal lama sangat pun lagi dengan beliau. 

Semalam 'WhatsUp' suami, mintak tolong hantarkan baju untuk dry clean semata untuk persiapan menghadiri majlis ni. Tapi hanya baju saya saja, tidak pulak baju untuk suami sekali. Biarlah dia pandai pandai suai padan baju kami nanti, bukan tak biasa buat macam tu pun. 

Ini baru je balik dari tempat kerja sekitar 11pm. 3 hari ini merupakan hari yang paling panjang, ingatan ni cuma sempat hadam waktu tido je kot rasanya. Lebih 12 jam berada di office bukan sesuatu yang seronok untuk dilalui. Hope minggu depan saya boleh dapat semula "me time" yang sepatutnya.

Waktu kejadian rasanya sekitar awal tahun ari tu, balik ke Seremban untuk melawat kakak saya yang dah lama tak jumpa. Kakak saya itu kalau dia senyap tidak semestinya dia tak kisah, sebelum kata kata berbisa keluar dari mulutnya...lebih baik saya balik melawat dulu. Sebelum balik ke rumah, singgah dinner di The Windmill Station (TWS) atas arahan kakak yang berkuasa. Maklum saja kalau dah balik mengejut tak pandai nak informed dulu, memang tidak disediakan apa apa makanan di rumah. 

Double Chicken Chop menjadi pilihan suami, motif ambik double adalah untuk dimakan secara bersama sama dengan isteri. Motif tersembunyi pulak, nak latih suami supaya lebih discipline dalam diet nya 😀 

Suami memang tak boleh tidak dengan air coklat panasnya, tah apa yang sedap dengan minuman coklat seperti itu kihkihkih. 

Sekian saja kisah saya dalam seminggu ini. Bukan hari hari pun ada perkembangan terbaru kan 😁

3 comments:

Warisan Petani said...

Harap2 beku cuti tak berpanjangan

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Akak pun suka makan kongsi2..
Lagi2 kalau restoran Arab, terlalu besar utk saiz org kita.

Nina Mads said...

kadang2 coklat panas sedap.. kalau minum selalu nampaknya kencing manis menunggu. hehehe

Sunday, 14th April 2019

Assalammualaikum semua... Due to recent incident last week, pembekuan cuti sementara untuk golongan marhain tapi attached to management...