Wednesday, May 29, 2019

IOS Half Marathon 2019

Assalammualaikum semua...
Salam Ramadhan ke 24th

4th run and 2nd 21km untuk tahun ini.

Race date/venue: 28th April 2019 / Padang Kawat UiTM Shah Alam
Flag off time: 2am

Collect race kit juga ditempat yang sama sehari sebelum event date. Plan asal nak keluar rumah awal untuk collect race kit ni tapi biasalah saya ada baby besau dekat rumah tu, nak tunggu dia ni bangun memang kena jerit caranya. Kalau budak senang nak dicubit, ni BAPAK budak...ko ngase bagi pelempang bangun tak 😒

Kenapa kalau boleh saya nak pegi collect awal, sebabnya acara 21km akan bermula pada 2am...tengah tengah malam tu nak lari kalau tak cukup tido maunya lari sambil mimpi. Sekiranya ambik awal, boleh lunch awal dan balik rumah rehat awal tapi semua itu tak terjadi pun. Makan lunch je pun dah nak masuk asar. Dalam 11pm keluar rumah untuk ke race event. Sampai agak awal, sempat lagi singgah mamaks area Jakel Shah Alam pekena milo tarik. 

Route sepanjang UiTM Shah Alam ni memang 'mintak nyawa' punya, kalau buat FM ni mau putus urat keting. Siapa yang pernah belajar/datang/lari dekat UiTM ni faham faham saja macam mana structure jalannya but am still survive and manage to cross the finish line 😀

Paling tak percaya, am the one in 'Potential Winner - 21km'. Rasanya sepanjang larian tu ramai je yang dah potong hakak yang separa mengantuk ni. Niat masa dalam larian tu, sampai je finish line nak terus balik. Kalau boleh baju seluar semua takmo tukar, punya dah tak larat menahan ngantuk mata masa tu. Bila tau ada peluang MENANG, terus semangat menunggu sampai 5am.

Here we are, am '3rd Runner Up' for Women Veteran. Merasalah naik podium pegang replika cheque yang besar itew 😁. Dapat RM200 in cash, 'simpan tepi' buat beli kasut lari baru nanti. Kasut lari bukan murah hokey, takdenya harga bawah RM300. Itu pasal saya selalu menabung kalau nak membeli running shoes yang bagus. 


Official result untuk kategori 21km Women Veteran 

Medal - front

Medal - back

May tiada run event, sepenuhnya berehat for Ramadhan. Next run ni nanti seminggu selepas raya, inshaAllah. 

1 comment:

Cho Zila said...

Ya Allah rajin nyer dier... dah addict yer.. teruskan usaha...