Tuesday, May 21, 2019

Italiannies Pasta Pizza & Vino

Assalammualaikum semua...
Salam Ramadhan ke 16 hari ini.

Begitu pantas masa berlalu, sekarang kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Mood raya dah bermula, lagu lagu raya juga dah mula kedengaran...abaikan lagu lagu raya yang dah berkumandang di shopping mall sebelum puasa lagi tu 😒

Last weekend i had long leave sampai yesterday sempena Wesak. Return to KL on Friday evening as usual berbuka di perjalanan saja. 

Saturday suami had a meeting at Shah Alam, petang baru sampai rumah. Grab saya di rumah and terus keluar beli barang untuk iftar. Tempat pilihan tentunya ST Rosyam Mart tapi macam biasa yang tak tahannya q untuk membayar. Maybe kena fikirkan alternative lain untuk susun atur semula counter pembayaran kot, sesak nau hakak tengok 😔

Sunday pulak, gigih keluar seawal 2am semata nak sahur makan roti cicah sup kambing dekat Dorai tapi sayangnya gerai tu dah kemas kerusi meja masa kami sampai. Hampa, terus cari mamak's dekat Kg Pandan dengan harapan adalah sup kambing. Tapi nan hado ye and end up dengan mee goreng dan nescafe tarik. Terus paginya perut tak sedap sebab makan pedas pepagi hari. 

Sunday is a lazy day, mood nak kemas rumah belum sampai lagi. Masa hanya habis dengan melayan rancangan movie di Astro. Lepas Zohor terus keluar untuk settle kan few perkara sebelum pulang ke Johor nanti. Lepas selesai, kami proceed to The Curve...tujuan untuk berbuka puasa di sana saja. Seawal 5pm dah sampai The Curve, terus menuju ke Starbuck. Boleh lepak lama sambil access WiFi sehingga berbuka, biasa dah kami buat macam ni 😛

Pilihan iftar kami adalah di Italiannes.

The best thing after ordering, kami dihidangkan secara percuma roti dengan olive oil and balsamic vinegar with herb added while waiting our food siap. Ada 2 jenis roti iaitu white or focacsia. 

Ini our main, Italiannies Roasted Chicken - RM34.25

Abam kekenyangan, bagusnya setiap kali berpuasa ni...makanan yang sedikit pun kita rasa banyak dan mengenyangkan 😀 Lepas habis main dish, desert pulak. 

New York Strawberry Cheesecake, drizzle with strawberry sauce.  

with latte as usual

Not really to review this resto tapi okay la. Makanan agak tasteless, pandai pandai la nak perasakan macam mana ikut tekak sendiri. Bagi kami, NO big issue pun...janji ko ada garam dengan pepper + tobesco sauce dah cukup 😃 

Monday dah pulang ke Johor. See next entry guys 💁

2 comments:

Sha Mohamed said...

sedapnya dessert tu.. gandingan yang ohsem..

Cik Nor said...

sedapnya..:)