Tuesday, May 14, 2019

Tuesday, 14th May 2019

Assalammualaikum semua...
Salam Ramadhan ke 9 hari ini.

Sahur bangun sekitar 445am, makan cereal dengan minum white coffee je dalam bilik. Sepanjang puasa ni belum ada lagi saya turun pegi makan sahur di cafe bawah walaupun ada disediakan, waktu berbuka pun sama jugak. Bila difikirkan semula, rugi je company bayar kalau tidak digunakan kelebihan yang ada tapi...perasaan "bosan" pada makanan yang sama tu susah nak elakkan 😐

Masa berbuka macam biasa minum air mineral dulu sebotol dan terus solat. 745pm baru keluar dinner. Sesekali ada jugak saya tapau siap makanan untuk sahur. Gym masih pegi macam biasa tapi ikut masa jugak. Biasanya saya akan ke gym sekitar 545-645pm sahaja. Tidak digalakkan sangat melakukan senaman selepas berbuka dalam keadaan masih kenyang. Nak pegi selepas terawih, rasanya panggilan bantal tilam lagi kuat kot waktu tu 😅

Beginilah hari hari saya sepanjang Ramadhan ni, suami pun sama jugak kot rasanya. Kami sama sama melalui seharian sendiri/berjauhan tapi syukur sebab suami dapat lebih masa bersama ibunya 💕

Kasturi asam boi RM5 di Pinggan Puteh, punyalah maneh lekit rasanya. Tambah air kosong pun still manis lagi. Hanya gambar minuman je dapat snap masa visit tempat ni, phone out of battery. Makanan pada saya dalam range rasa biasa biasa saja. Still boleh makan sampai habis 😆 Cuma not going to repeat this place again.

Pepsi ni maneh jugak tapi i tell you, minuman dekat atas tu lagi maneh rasanya 😎

4 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Terliur pulak Akak tengok air yg first tu.. Ann. Nasib baik blogwalking di mlm hari. Haha..

Warisan Petani said...

Dah tua2 ni tak berapa berani minuman manis2.
Ais pun jarang cari.

Anis Azalea said...

Lor masih rajin ke gym walau berpuasa. Alhamdulillah.

Cik Nor said...

pagi2 tgk airr..huwaa..hihi