Wednesday, June 12, 2019

Garam by Ruwi Meita

Assalammualaikum semua...
Salam 8th Syawal 

Suara masih tidak berapa keluar, tekak sometimes gatal kemahen dan batul belum betul betul keluar habis lagi. Ikutkan saya lebih suka sekali pakej demam keluar, biar sakit sekejab tapi boleh sembuh cepat. Dari keluar satu satu batuk, selsema dan demam berasingan...panjang nanti tempoh nak sembuhnya 😆 Bahagian masing masing kan, terima seadanya. 

Masih mood raya tapi kini team open house pulak ye. Hari ini tempat kerja adakan hari raya open house, yang besau lah kiranya. Pegi tetap pegi, dah jemputan kan...WAJIB memenuhi jemputan makan ni tapi takde lah nak berbaju raya bagai tu. Nak berkain sopan santun dalam plan tu bukan sesuatu perkara yang bijak. Dahulukan keselamatan dari nak melaram kekdahnya 😇

Makanan tak berapa lalu di tekak daku, bukannya saya seorang yang fussy but its true. Hanya sate je yang saya rasa sedap dari pelbagai makanan yang ada. Durian...hanya dapat bau je 😈 3 balang kuih raya dapat bawak balik ke meja kerja 😉

Hanya itu selingan kejadian hari ini, now meh review buku yang saya baru habis baca ni.

Novel terjemahan dari Indonesia. Setiap watak dalam novel ni memberi kekuatan penceritaan yang berbeza dan memberikan hubung kait yang cantik untuk kelancaran penceritaan. Kisah kehidupan silam yang memberi impact mendalam kepada generasi seterusnya lantas garam menjadi satu benda yang penting dalam kehidupan.

Sinopsis: Seorang pemain piano di Surabaya ditemui mati terduduk di hadapan pianonya dengan bibir terjahir. Biji mata dicungkil, meninggalkan lubang hitam yang amat mengerikan. Rambut palsu merah panjang menutupi kepalanya. Sementara otak dah organ organ tubuhnya telah dikeluarkan secara paksa. 

Kulitnya pucat seputih garam. Tidak, tidak sekadar seputih garam. Tetapi seluruh tubuhnya itu benar benar dilumuri adunan garam. 

Inspektor Kiri Lamari, penyiasat kes ini telah dihantui lubang hitam mata pemain piano. Mata yang mengingatkan Kiri Lamari akan mata ibunya. Yang juga dia temui tak bernyawa puluhan tahun lalu. 

Garam? Kenapa garam?

Membaca sambil makan roti john ni, tak paham kenapa roti ni diberi nama john 😊