Monday, June 10, 2019

Monday, 10th June 2019

Assalammualaikum semua...
Salam 6th Syawal

Rata rata dah mula bekerja hari ini ye, or mungkin besok bagi nak mengelakkan jammed di jalanan memandangkan sekolah juga buka pada hari ini. Saya pulak, tiada cuti ye kawan kawan 😀. Hanya ambik cuti sehari sebelum raya which is Selasa dan Jumaat sudah mula bekerja semula...gigih tak, sangat kan 😁

Jumaat lepas 3rd Syawal, dapat berita yang makcik saya telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua. Arwah dan anak anak memang menetap di Johor Bharu, memudahkan saya untuk terus melawat keluarga mereka walaupun tidak berkesempatan untuk menemui arwah sebelum dikebumikan. Perancangan awal kebumikan selepas solat jumaat tapi entah la, tiada komen disitu. Kebetulan suami pun ikut sama menemani saya di Desaru sampai Sabtu lepas, dapat dia turut serta sekali. Arwah meninggal pada usia 77 tahun. Al Fatihah

Keadaan diri selepas beraya sakan ni, sakit tekak suara hilang dan batuk bakal menjengah tak lama lagi. Berjangkit dengan anak buah yang memang ada semua pakej rasmi tu dan bukannya terlebih makan rendang yo 😂

Gambo raya, nanti nanti la baru up dalam entry. Harapnya sempat la nak up pun walaupun tahun lepas takde pun saya update pasal gambo raya 😃

Jumpa BFF dalam Ramadhan yang lepas, kebetulan saja ni sebab ada hal sikit. Lama dah tak jumpa mereka ni, last tahun lepas kot 😄 Harap Syawal ni boleh gather sama sama.

Meroti sehari sebelum pulang ke kampung sempena hari raya. Plan asal nak balik kampung selepas sahur tapi terbabas jauh. Mungkin penat menguli roti pakai tangan, mujur je sempat bakar dan ready untuk di bawa balik kampung bersama 😅

3 comments:

Anum said...

cantik kejadian

Warisan Petani said...

Selamat kembali bertugas

Ujie Othman said...

salam takziah atas pemergian makcik. moga Allah merahmati rohnya.

rajin Ann meroti, bila la akak nak rajin nih..huh!

Run Out Marathon 2019

Assalammualaikum semua... Salam 20th Syawal 5th run and 3rd 21km untuk tahun ini. Race date/venue: 16th June 2019 / Persiaran Flo...