Monday, June 17, 2019

Monday, 17th June 2019

Assalammualaikum semua...
Salam 13th Syawal...

Today ambik cuti dan masih berada di KL sampai besok atas urusan persendirian di Klang. Bila dah tinggal jauh ni memang kena ambik cuti tambahan setiap kali ada urusan peribadi sebab tak sempatnya kalau nak uruskan pada hari Jumaat walaupun cuti. Alhamdulillah dapat uruskan sampai selesai, maka besok boleh balik ke Johor dengan senang hati 😊

Lepas habis urusan di Klang dalam 1pm jugak, proceed ke Jalan Klang Lama pulak. Sebelum tu singgah beli donut dulu 🍩 Cukuplah makan sorang 3 ketul. Nak kejarkan urusan satu lagi hal ni, lepas tu baru fikir nak makan secara proper 😋

Selesai semua urusan, singgah Rosham Mart beli bahan2 untuk masak rendang ayam. Tak puas rasanya makan rendang lagi ni, beli jugak sebatang lemang size kecil untuk makan dengan rendang. Alang terlebih rajin merendang ni, terus buat rendang 2 ekor ayam pencen. Simpan yang ada kuah sikit lebih kurang sebekas dan balance tu saya keringkan betul supaya tahan lebih lama lagi. 

Dapat beberapa bekas jugak hasilnya, bawak balik sebekas ke Johor. Nanti boleh makan dengan nasi impit instant or makan dengan bubur oat 😌 

1 comment:

Warisan Petani said...

Ayam pencen sesuai dibuat rendang.
Masak lama2 pun tak hancur.