Sunday, June 2, 2019

Sunday, 02nd June 2019

Assalammualaikum semua...
Salam Ramadhan ke 28th 

Tinggal 2 hari lagi kita semua akan menyambut Idul Fitri. Seronoknya la hai tapi dalam masa yang sama sedih jugak untuk meninggalkan ramadhan. Keseronokan ramadhan tu berpanjangan kalau nak compare syawal, sungguh ni kalau ikut pandangan saya lah. Mungkin pada orang lain tu lain pulak, subjective kan pengertian 'keseronokan' itu sendiri. 

Today saya masih lagi perlu balik ke Johor, kerja kan satu Ibadah 😢 

Suasana TBS hari ini masih meriah lagi dengan ramai orang berpusu2 ke destinasi masing  masing dengan beg macam nak pindah terus banyaknya πŸ˜€ Cuma seketul manusia ini yang hanya mengalas beg pack yang cuma berisi laptop, bahagia pulak rasanya. Merasa jugak masa belajar dulu, setiap kali nak balik raya kemahen banyak lagi barang nak kena bawak balik. Lepas tu balik naik bus dengan beg sandang, beg tarik, ada pulak beg pegang bagai sampai tak tau mana nak gapai dah. Bila nampak orang ramai dengan pelbagai jenis beg tu, sangat memahami apa yang diorang rasa. 

My bus about 1230pm, suami just send sampai TBS saja. Nak terus ke workshop untuk inspect kereta, nak balik raya ni macam macam nak kena tengokkan. Kereta tu bukannya muda sangat lagi usianya, kena di 'belai' selalu 😣

Sleep all the way, sedar bila dah sampai tol Senai. On time sampai, nampaknya highway ke selatan clear. Ada hujan lebat masa perjalanan tadi tapi tak pasti pulak di mana, sungguh punya tido kan 😁

Ini kisah semalam, ber iftar di Mee Tarik Warisan Asli. Kali pertama jugak mencuba mee tarik dekat resto ini. 

Tak ingat apa nama minuman ni, dalamnya tu ada banyak jenis bunga bungaan. Refreshing, bunga tu pun saya kunyah sama. Kot la lepas ni wajah boleh cantik berseri macam bunga jugak πŸ˜‚

Mee tarik sup - RM14.80. Dalam menu mention this item pedas tapi boleh je makan, bukan pedas mana sangat pun. Terasa lah heat tu tapi tidaklah sampai bersiut. 

Sekiranya ini entry terakhir saya sebelum ramadhan berahir, ingin saya mengucapkan Salam Idul Fitri kepada semua kawan2 di alam maya ini yang sentiasa datang berkunjung di blog picisan yang serba sederhana milik saya ni. Terima kasih dengan setiap kunjungan dan inshaAllah saya balas semula kunjungan di 'rumah' entry kalian semula. Mungkin sepanjang kita saling berkunjungan tu ada kata/cara penulisan yang kurang enak, saya mohon maaf sejujurnya. Semoga syawal yang bakal menjelma ini memberi pengertian dan erti kebahagian buat kita semua. 

Salam Idul Fitri, Maaf Zahir Batin πŸ’–

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Akak setuju tu Ann.
Ramadhan seronok.

Anum said...

wow bestnyaaaaaaaaaaaaaa

Cho Zila said...

air munge2tu akakpun suka... tuler perasan minum sekali terus berseri2... kiranya menu di mi tarikni oklah dengan akakpun... lama juga akak tak naik bas.. mungkin kena cari masa untuk menikmatinya.

selamat hari raya....