Monday, July 29, 2019

Entiti by Syafiq Aizat

Assalammualaikum semua...

Bersiaran di Kuala Lumpur. Seronok la seminggu ni dekat KL dan weekend ni nanti baru balik ke Johor. Dari minggu lepas lagi di KL, yang paling seronok adalah suami. Tak perlu makan luar dalam masa 2 minggu ni 😀, dah ada tukang masak di rumah. 

Malam tadi terjah kedai buku FIXI, memang saya suka setiap buku terbitannya. Restock another 6 buku, bila bacanya...takpe pelan pelan kayuh 😃

Baru habiskan buku ini, Entiti by Syafiq Aizat. Saya ambik masa almost sebulan jugak nak habiskan bacaan buku ini. Bukan buku ni tak best or jalan cerita bosan ye tapi saya memang seketul manusia yang lambat habiskan sesebuah buku bila di baca. Memang kagum habis dengan kawan kawan yang boleh habiskan 1 buku sehari, 1 buku dalam masa seminggu pun dah 'wahhhh' sangat tu. 

Tajuk pun dah 'Entiti' maka jalan ceritanya pun jugak berkenaan dengan entiti jugak. Bukan sahaja berkenaan entiti, tetapi banyak unsur fiction dan aksi gaduh2 antara alam manusia dan alam fantasi. Tidak ketinggalan, nilai persahabatan turut diterapkan dalam novel ni, kekeluargaan jugak bila mana watak utama terlalu bimbangkan keselamatan ibunya. Yang menjadi keseronokan untuk membaca buku ini adalah, jalan ceritanya boleh membawa kita berimaginasi macam cerita Harry Porter tu...seronok kan 😁

Buku ini jugak ada sekali lukisan yang merujuk kepada 'Buku Hitam' yang menjadi bahan utama untuk novel ini. Bolehlah kita buat gambaran macam mana rupa setiap entiti dan cara bagaimana untuk melepaskan dan mengurung entiti itu semula. Macam magic pun ye jugak bila baca buku ni.  

Memang seronok jalan cerita buku ini, tidak membosankan walaupun saya mengambil masa hampir sebulan untuk katam whole story 😂

No comments: