Wednesday, July 17, 2019

Makaroni Sup

Assalammualaikum semua...

Kan dah kabo, kalau ada dekat KL ni mesti mood memasak tu sentiasa ada. Bukannya nak masak menu pelbagai pun, cukup sekadar sediakan makanan malam simple dah cukup. Yang nak dijamu pun cuma suami dan tekak sendiri, #apedehal 😀

Dinner malam tadi, makaroni sup campur dengan tulang daging korban tahun lepas ke tahun sebelumnya. Petang semalam sebelum keluar jogging, nak mencari ayam sebenarnya tapi yang terjumpa adalah tulang lembu. Saya memang tak pernah beli daging/tulang untuk simpan kecuali pemberian korban saja. Itu yang yakin sangat tulang ni mesti hasil korban cuma tahun tak ingat dah. Ini adalah tulang daging korban yang terakhir, boleh restock daging korban baru tahun 2019 pulak 😁 Terus saja ke resepi...

Bahan sup: 
Tulang yang ada daging - cuci dan toskan
4 biji kentang - belah 8
1 sup bunjut 
2 batang kayu manis*
2 kuntum bunga lawang*
6 kuntum bunga cengkih*
4 biji buah pelaga*
Daun sup - potong kasar 
Bawang goreng 
Garam 
Air secukupnya

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup 
2 inci halia
1 sudu besar biji lada hitam

Bahan sampingan:
Makaroni - rebus hingga lembut dan toskan
Daun sup - hiris halus 
Bawang goreng
Sambal kicap

Masukkan tulang ke dalam periuk bersama bahan kisar, sup bunjut, daun sup, bawang goreng dan rempah 4 sekawan *. Gaul rata dan tuang air secukupnya, saya tak tumis. Biarkan masak hingga mendidih dan kecilkan api. Rebus sampai daging empuk dan masukkan kentang. Boleh tambah air lagi sekiranya kuah kurang dan masak hingga kentang empuk. Perasakan. 

Biarkan seketika dan matikan api. Hidangkan sup bersama makaroni rebus dan bahan sampingan.
     
 saya sangat suka guna kentang jenis yang kecik kecik dan biarkan kulitnya sekali. setakat makan sendiri, so abaikan aje rupa paras kulit yang berjeragat banyak tu 😂 kalau hidang untuk tetamu kena buang kulit jugak, #maluje kalau buat rupa gini 

 proses awal masukkan semua bahan dalam periuk, kain putih tu bukan 'santau' tau...sup bunjut iye 😄

 kuah mula nak mereneh

 masukkan kentang dan biarkan empuk sebelum masak sepenuhnya

Makan sambil tengok movie apa tah malam tadi, tak focus sangat pun. About 10pm suami keluar sebab nak jumpa kawan, balik tah jam berapa pun tak tau. Sedar pagi tadi tengok takde pun kesan dia balik. Rupanya tido dalam kereta dekat parking bawah rumah, alasan sebab tak larat dah nak naik atas 😃

3 comments:

Maria Firdz said...

rare nih.. tak pernah buat lagi nih..

adianiez AIDA said...

lama dah x buat ni, ann.
sebab nyer, anak2 x brape makan makaroni.
more to spageti.
kalau macaroni yg da aida jadikan ala-ala lasagna tu, diorang ngap.
sup makaroni, nyaman nyer rasa kan.
asyik dok bedal sambal la, itu la ini la... sesekali makan ni, sedap perut.

Nina Mads said...

sedapnyaaaa kalau dpt mkn panas2