Wednesday, July 31, 2019

Puding Karamel

Assalammualaikum semua...

Tahniah diucapkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al0Musta'in Billah atas pertabalan baginda semalam. Sungguhlah saya mengadap TV sepanjang majlis pertabalan berlangsung, bukan selalu ada peluang nak menonton majlis seperti ini kan. Yang pasti cantiknya persalinan Permaisuri Agung 😍

Habis je majlis tu, terus bersilat di dapur untuk sediakan desert bagi di bawak ke dusun durian pula. Sekarang ni dusun durian di Kemaman pulak tengah mula gugur sejak dari minggu lepas lagi. Maka keraplah kami adik beradik balik ke Kemaman untuk menikmati hasilnya. Kami kalau setakat Kemaman tu, boleh balik hari je cuma kena rancang perjalanan la. 

Walaupun kami ada memiliki dusun durian dan alhamdulillah masih mampu  mengeluarkan hasil sehingga boleh di jual kepada peraih tapi kadang kala saya masih lagi membeli durian yang ada jual di jalanan seperti sekarang ni. Ada jugak yang pernah bertanya, 'kenapa mesti beli durian lagi sedangkan ada dusun sendiri?'. Pada saya senang saja, 'rezeki masing masing'. Rezeki saya pada buah yang dibeli, terutama gred yang bagus bagus seperti musang king or black torn. Rezeki peniaga pada hasil belian itu sendiri, win win situation. 

Tak sabar rasanya untuk menunggu AidulAdha yang bakal menjelma ni. Plan untuk balik beraya di Kemaman dalam suasana di dangau pulak. Dan yang pasti menu utama hari raya adalah DURIAN 😀

Desert yang dimaksudkan adalah 'Puding Karamel'. Mujur saja sempat sejukkan dahulu sebelum di bawa ke dusun. Meh view resepinya.

Bahan bahan:
2 tin susu cair 
2 sudu besar gula pasir 
1 sudu besar esen vanilla 
6 biji telur 
1 cawan gula pasir - untuk gula hangus

Ambik periuk dan masukkan gula pasir. Dengan api yang kecil, kacau gula hingga cair. Bila gula sudah mulai cair dan bertukar warna keperangan, tutup api. Sentiasa kacau supaya ia tidak hangus, nanti pahit. Terus tuangkan ke dalam loyang puding. Lepas itu ketepikan dan dibiar gula mengeras semula. 

Dalam bekas lain, satukan telur, susu, gula dan esen vanilla. Pukul telur (buang mata telur) sehingga hancur. Selepas itu tuang adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak. 

Tutup permukaan loyang untuk mengelakkan wap air jatuh ke permukaan puding. Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk. 

Enak di makan sejuk 😁


4 comments:

Anum said...

nyum2

Warisan Petani said...

Sedapnyer

adianiez AIDA said...

lama dah x buat ni, ann.
sebab anak2 x brape minat nak makan.
maybe kena buat balik lah ni.
diorang da besar, dah suka kot, kan :) hi hi hi...

عبده العمراوى said...




شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة عزل اسطح بعنك