Monday, July 8, 2019

SJMC Run 2019

Assalammualaikum semua...

4th 21km untuk tahun ini.

Race date/venue: 7th July 2019 / Mediplex SJMC
Flag off: 515am
Categories: 3km, 10km, 21km

Race kit collect di Outpatient Centre, Ground Floor SJMC, tempat yang sama untuk event jugak nanti cumanya di luar bangunan. Dapat lucky price jugak masa ambik bib yang kertas warna orange tu, kena redeem hadiah masa event day dan selepas habis lari...motip sangat kan supaya kita betul betul habis lari baru layak dapat hadiah 😀 Done collection, terus proceed ke Starbucks TTDI update kerja sedikit. Lama lepak di situ sampai masuk waktu dinner. Keluar rumah pun dah lepas waktu zohor/lunch.

By 330am keluar rumah dan sampai SJMC sekitar 415am. Terus masuk parking bawah hospital, parking pun masih banyak kosong lagi dan pilih parking yang dekat dengan lift. Beg tinggal dalam kereta je memandangkan parking dengan tempat event sekali. Terus pergi toilet sementara tak ramai lagi. Seronok jugak event lari dekat hospital ni, toilet pun bersih je. Cuma kesian jugak nanti cleaner je la 😁 

Acara bermula on time, disertai oleh beberapa doctor jugak. Route yang sama tapi pusing 4 kali jugak kot rasanya. Hampir 7am, hujan turun dengan lebatnya beserta dengan guruh sekali. Dah terdetik dalam hati, mau jugak event ni call off sebab ada guruh tapi waktu tu dah kurang dari 5km lagi nak habis larian. Saya memang suka je lari dalam hujan ni cuma takut dengan guruh dan kilat je, bahaya kan. Dan apabila saya berada di final lap, organizer dah suruh patah balik ke tempat berbuka...confirm saya mesti dah disqualified. Sebabnya saya tak sampai lagi ke tempat check point akhir walhal sikit je lagi tapi memandangkan tempat check point tu kawasan terbuka, memang bertabah je la kena patah balik. Sedih weh, pertama kali dalam sejarah berlari ni kena batalkan larian sendiri. Tapi sayang nyawa punya pasal, ikut arahan saja la 😂

Tiada masa tamat dicatatkan walaupun jemah berjaya memijak garisan penamat. Masa pada app menunjukkan 2:30:57

Ini yang saya maksudkan 'check point' tadi. CP4-2 tidak berjaya sampai sebab dah disuruh untuk patah balik ke tempat berkumpul. Larian tidak lengkap dan secara rasminya larian disqualified. Geram je tengok chart ni tapi apa kan daya.

Disebabkan batal bukan atas diri sendiri, dapat jugak medal dan finisher tee. Tak patut kot kalau tak dapat kan, mau hakak tak lari lagi lepas ni 😃

medal - front
medal - back

Another run will be next weeks time but nak kena collect race kid this weekend. Mujur weekend ni dapat balik KL on business trip, boleh selit sekali.

2 comments:

Nadratul Syazwana said...

Powernya lagi sampai 21km! So far Nad tak pernah lagi join marathon. Paling jauh join run pun 10km. My next run would be on Nov! Ingat nak selitkan every month mesti kena ada join run heheh.

adianiez AIDA said...

aida nanti nak try for 3km or 5 km dulu.
nak kasik enjin badan panas semula.
lama dah ni tinggalkan workout.