Tuesday, August 13, 2019

Bingka Roti Pandan

Assalammualaikum semua...

Walaupun takbir raya sudah berlalu tapi masih belum terlewat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Idul Adha kepada semua reader di sini. Semestinya raya kalian pasti meriah disamping insan insan tersayang. Meriah dengan pelbagai jenis makanan yang berasaskan DAGING KORBAN 😀

Tidak terkecuali dengan saya jugak, cuma tahun ini ada kelainan yang ketara. Raya korban tahun ini saya sekeluarga lebih meluangkan masa di durun durian. Walaupun buahnya dah hujung hujung musim tapi masih cukup untuk kami sekeluarga menikmati keenakan raja segala buah ini. Tahun ini jugak kami sekeluarga melakukan korban seekor kerbau di Masjid Pasir Raya Dungun, Alhamdulillah.

Tiada menu utama seperti biasa pagi pagi raya, cukuplah sekadar nasi lemak dengan sambal ikan dan sambal sotong. Masak banyak untuk di bawa ke dusun. Saya dengan suami bermalam di rumah bersama all anak saudara, yang makpakcik semua sibuklah nak bermalam di dusun. Malam raya sempat anak saudara yang pempuan nya sediakan desert raya, kata mereka lah. Maka jadilah bingka roti pandan. Resepi seperti di bawah;

5 keping roti gardenia
3 cawan santan - guna 200ml santan kotak dan campurkan dengan air sehingga cukup sukatan 
4 helai daun pandan - cuci dan kerat pendek
1/2 cawan gula pasir - lebihkan kalau mahu lebih manis
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla 
1 cawan tepung gandum
1/3 sudu kecil garam 
2 sudu besar butter - cairkan dan sejukkan
Sedikit kismis dan chocolate chips - untuk hiasan 

Roti dipotong kecil kecil dan masukkan ke dalam mangkuk besar, ketepikan. Kisar halus daun pandan sama santan, tapis dan ketepikan. Dalam mangkuk lain, kacau telur, esen vanilla dan gula hingga gula larut. Masukkan adunan santan dan daun pandan tadi, kacau rata. Tambah tepung gandum, garam dan butter cair, kacau hingga sebati. Tapis bancuhan ke dalam mangkuk yang berisi roti dan gaul rata. Biarkan 20 minit atau sehingga roti terserap sepenuhnya dengan bahan bancuhan.

Sementara itu, panaskan oven pada suhu 190C dan lenser acuan dengan butter. Kacau rata adunan sekali lagi sebelum dituang ke dalam acuan. Taburkan kismis, chocolate chips dan bakar selama 55 minit or sehingga masak. 5 minit terakhir, tukar api oven kepada fungsi grill untuk jadikan permukaan bingka menjadi crispy. Keluarkan dari oven apabila sudah masak sepenuhnya dan biarkan seketika. 

Keluarkan kuih dari acuan dan biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong. Sedia untuk dihidang 😌

2 comments:

adianiez AIDA said...

sedap ni :)
dessert yg terbaik.
sejuk.
lemak manis.

Ujie Othman said...

meriahnya raya Ann, duduk di dusun, tumbang kerbau, masak2. seronok!

Crust

Assalammualaikum semua... Selamat berhujung minggu kalian semua. Minggu akhir cuti sekolah jugak ni kan, mesti ramai parent yang bawak ...