Friday, August 2, 2019

Gelap by Ariff Adly

Assalammualaikum semua... 

Hari ini seharian saya di rumah sahaja. Plan asal sepatutnya hari ini my brother berangkat ke Mekah for Haj tapi jadual penerbangan di tukar pada hari Selasa, 06th August nanti. Tak dapatlah saya menghantar ke KLIA kalau dah tukar tarikh tu. Semoga abang dan kakak ipar dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana nanti.
  
Gelap by Ariff Adly, dah tentu dari terbitan Fixi. Mengisahkan 7 sahabat sejak dari zaman sekolah lagi dan kekal bersahabat sehingga memasuki alam pekerjaan dan berjaya dalam bidang masing masing. Mereka ni akan mengadakan reunion/berparty setiap tahun di host kan oleh mereka sendiri secara bergilir gilir. Seperti yang dirancang, tahun ini merupakan giliran Adi untuk mengatur perjumpaan dengan sahabat sahabat yang lain. Kisah demi kisah bermula pada hari pertemuan semua sahabat di tempat yang dirancang oleh Adi. 

Pembunuhan demi pembunuhan terjadi di tempat tersebut, yang menjadi mangsa pulak di bunuh dengan cara yang kejam. Penelitian watak membolehlah saya ber imajinasi kan setiap watak dalam buku ini. Jalan penceritaan yang agak street forward sehingga agak mudah untuk mengenali siapakah pembunuhnya cuma...kenapa dia berbuat demikian yang agak tricky 😀    

Habis je baca buku ni, reward diri dengan kopi + donut ☕ + 🍩 = 😀

1 comment:

Baby Breath said...

alaaaa nak spolier pliss. saya tengah baca buku ni tapi belum habis , tu yang nak spoiler tu hahahaha