Monday, February 3, 2020

Nasi Ayam Hainan Chee Meng aka Bukit Bintang

Assalammualaikum semua...

Selamat tahun baru cina, tahun tikus 🐀. Saya tidak ke mana2 pun on long holiday ni, macam tahun2 sebelum ni jugak kan. Kami fulus tak banyak, dapat duduk rumah keluar makan sedap2 sikit pun dah syukur alhamdulillah. 

Destinasi cari makan kami SEMINGGU SEBELUM cuti tahun baru cina yang lepas, Nasi Ayam Hainan Chee Meng. Kami suka pegi yang original punya dekat Old Klang Road tu, sekali tengok macam kedai makan cina tok2 je ala kedai kopitiam. Suami kami memula dulu takmo jugak masuk, katanya betul ke halal ni. Eh ampa ni, kalau tak halal takkan kami bawak makan situ ye dak. Tentulah halal bang, mencarikan yang halal tu kan HARUS 😀💦

Apa yang paling kami suka dekat sini, sos cili dengan halia tu. Depa buat memang pedas, jangan tuang banyak...rasa2 dulu ikut kepedasan yang disukai.  

wantan soup

kangkung goreng belacan

Calamansi juice with sour plum RM7.50. Harga agak mahal untuk size cawan macam tu tapi ini memang maneh lekit. Kena mintak air kosong tambahan lagi 2 cawan nak bagi kurang sikit rasa manehnya. 

Nasi well cooked, dihidangkan bersama pilihan ayam dan sup kosong dalam bentuk set. 

Kami ni kalau nasi ayam memang suka jenis steam tapi suami kami pulak suka roasted, jadi untuk mengelakkan pergaduhan di meja makan...kami order 2 jenis sekali. Kami macam biasa, tak suka nak share makanan walaupun dengan suami kami 😁 Kami sangat suka jenis steam sebab daging ayamnya lembut and juicy, tidaklah kalau makan tu rasa bosan takdak rasa kan. Ditambah pulak makan dengan sos cili dan halia tu, 'menendang'. 

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

suka juga makan nasi ayam hainan.. i think yang unik nye nasik n ayam tu kan. pernah akan nasi ayam hainan tapi tak brapa uumph..

ejulz said...

wahhh.. sedap :)

Sunday, 23rd February 2020

Assalammualaikum semua... Sekarang ni musim panas kering dengan suhu alam yang mendadak naik. Maka elakkan berada di luar atau tempat t...