Tuesday, March 3, 2020

Sunbather Coffee @ Bangsar South

Assalammualaikum semua....

Bersiaran semula selepas sibuk beberapa hari berkemas barang pindah rumah. Masih ada banyak lagi barang dalam kereta yang belum dibawa keluar, pelan2 susun lah. Rumah takde lift ye, tingkat 4 pulak tu...bawak 1 beg setiap kali keluar dari kereta, ulang berhari2 sampai habis ke semua barang....berusaha lah 💪 

Saya sudah kembali semua ke KL secara tetap, tidak lagi base di Desaru...alhamdulillah. Masih lagi ke sana tapi atas urusan kerja rasmi sahaja. Itu saja yang nak saya update pasal kerja 😉

Last weekend merupakan hari akhir untuk saya check out residence yang saya stay selama almost 3 tahun. Tak banyak barang pun pada asalnya tapi biasanya, barang2 ni boleh 'beranak'. 4 beg besar jugak habisnya selepas kemas/buang barang2 yang tidak digunakan lagi. Penuh bonet kereta 😊

Reward jugak suami dengan singgah JPO and A Famosa Outlet. Dapat jugak beli barang2 yang dia nak sangat. Bukan senang nak mencari baju seluar saiz dia pun, cuma tempat2 macam ni je ada pilihan. Ada sale kita beli, takde sale...kita pandang je 😌 Tanda terima kasih jugak sebenarnya untuk suami sebab sudi drive ke Johor semata untuk jadi supir saya sepanjang weekend lepas. Ikutkan boleh saja saya drive sorang tapi dia nak ikut jugak, lantaklah. 

Yeayyyy sekarang am back to be city girl again 😍

One of me and husband fav place to lepaking while kami buat kerja sekolah masing2 (we call work matter as kerja sekolah). Minum kopi Osmanthus Latte secawan RM13.00 (L) sambil buat kerja. Lagi lama maka cawan pun boleh 'beranak' sama 😎

Cake is a must bagi saya, tak kiralah walau lepas melantak macam2...cake tetap tidak di tolak. Pilihan saya, Hojicha Roll Cake - RM10.00. Soft, fully and moist sponge roll enrolled with rich and creamy hojicha filling in the centre. 

One of my husband fav, Sunbather Big Breakie - RM32.00. A sizeable plate of smoked salmon, japanese potato and egg salad, minestrone, teriyaki chicken meatball, corn salsa, sausage onigiri with torched cheese and tamagoyaki. Almost same like bento but in the big plate. 

Really would'n mind to coming back for other parfaits 😏

1 comment:

ray said...

oh my all the foods and drinks looks temptingg