Sunday, January 31, 2021

Minggu akhir MCO

Assalammualaikum semua...

Macam mana minggu terakhir MCO, ada perubahan atau masih yang sama jugak. Saya baru terima berita sedih malam lagi berkenaan salah seorang rakan kerja. Beliau telah kehilangan anak lelakinya petang semalam, tewas dengan COVID-19. Rakan kerja saya masih lagi admited bersama another son of him. Saya berdoa semoga beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa. Al Fatihah 

Semoga jugak MCO period ini berakhir minggu depan 04/02, sama sama kita tunggu. Dah rindu sangat dengan 'air tangan' mamak ni 😂

Bulan ini jugak habis sudah penyertaan saya dalam kutu emas. Saya calon yang terakhir. Selepas semua habis buat bayaran, semua pakat exit group. Ye lah buat apa nak stay dalam group lagi kan kalau dah takde commitment. Saya pun exit group jugak dan deal dengan direct leader for barangan kemas. Kutu emas untuk barang kemas sahaja, tidak boleh ditukar dengan wang 💲 Kali ni rasa macam nak ambik cincin emas, tengahlah macam mana nanti. Mujur saja leader nya anak saudara saya sendiri, senang 👍

Dibawah ni photo sekitar 'lawatan sekolah' kakak dengan abang ipar saya ke MRT. Ini kali pertama mereka naik MRT, kena bawak jugak if not memang takdenya nak merasa naik MRT ni. Mereka bukannya ada keperluan pun nak naik MRT, anak anak saja yang semangat nak bawa jalan jalan. Yang paling semangat nak naik MRT tu sebenarnya cucu je, alang kepalang bawak jugak tok dengan wan sekali. 

Bawa pergi Pavillion. Di sana ada 'sambutan' sedang menunggu untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. Semoga kakak dengan abang ipar sentiasa bersama sehingga ke Jannah, inshaAllah. 
  



 Perhatian: Photo di atas adalah kejadian tertunda, sebelum MCO bermula.  

No comments: