Tuesday, May 25, 2021

MCO 3.0

Assalammualaikum dan salam Syawal semua...

Duduk di rumah ke tu, ke ada je akal tu nak keluar, haaa jangan ye ✋
Jangan masa ni jugak la ampa nak pegi cari karpet dekat Nilai 3 pulak, ingat ye...Nilai 3 tu dekat kawasan Negeri Sembilan, bukan di Selangor or sebelah taman perumahan ampa pulak 👥

Saya buat jadual untuk diri sendiri kalau nak keluar membeli barangan harian, kami ni tak mewah sangat...barang barang keperluan pun tak boleh nak beri sekali harung bebanyak. Daily groceries saya akan buat 3 hari sekali. Biasanya saya plan nak masak apa dalam masa 3 hari tu, listdown barang dan ready for shopping je. Ais gobok dekat rumah bukan besar 2-3 pintu pun kalau nak sumbat banyak barang.

Dobi pun buat sendiri, cucilah kain baju setiap hari. Dulu kumpul seminggu, lepas tu hantar dobi. 2 orang je isi rumah, larat la nak membasuh tangan. Kalau ramai isi rumah, mau sakit pinggang. Saya takde mesin basuh, selama ni baju memang hantar dobi saja 👻

Jogging routine setiap hari masih diteruskan selagi ada kebenaran untuk melakukan aktiviti ini secara berseorangan. Saya memang hari hari pun lari sorang saja. Kalau tak jogging, saya akan lalukan walks sekitar dalam rumah saja, suami pun dah redho kalau isterinya pusing/berjalan dalam rumah berulang kali 💑

Work From Home (WFH), tidak selalu pun. Kalau saya ada di KL, merasalah WFH ni. Berselang seli jugak sebab still kena masuk office. Tapi sekiranya di Johor, memang MESTI masuk office. Inilah bahagian saya, nak buat macam mana...kerja itu IBADAH 💓 Tapi kalau WFH hari hari pun tepu jugak kan, meeting tak berhenti sampai nak break pegi toilet pun nak kena minta kebenaran 💦
 
                                   
Walaupun saya mendapat kebenaran untuk 'Merentas Negeri' atas urusan kerja dan PJJ tapi jangan risau, tak melencong pegi Nilai 3 beli karpet ye 😁 Pergerakan saya hanya dari rumah ke tempat kerja dan balik semula ke rumah sepanjang minggu. Perjalanan pulak dengan memandu sendiri, by flight dan by bus. Memandu sendiri tu bila perlu sahaja (saman speeding dah berderet 💆), kebiasaannya sekarang saya travel by bus...lebih convenience masa MCO ni. Perjalanan by flight sekarang ni sudah tidak berapa nak IN. Nasib la kalau dapat pun. Minggu lepas saja saya berpeluang balik KL by flight, rezeki.
   
Dapat makan nasi lemak bungkus daun pisang, itu pun ada hamba Allah yang belanja. Semoga rezekinya berterusan 😋

Ingat semua, Stay At HOME!!! 

2 comments:

Amie said...

Waalaikumussalam.
Ye, duduk rumah saja.
BDR.
Masak. Makan. Tidur... hehehehee.

Nina Mads said...

Semoga dilindungi. Jgn la jd mcm hajah. Buat org marah saja. Heheh