Wednesday, June 16, 2021

Hero - Zakri Rahman

Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi; kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero, persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya. 

Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-time nya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya. 

Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. 

Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, Ray berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?      
 

3 comments:

Ujie Othman said...

Akademi superhero…belajar apa je agaknya tu ya?

Abam Kie said...

nak masuk juga akademi superhero jika ada di sini.. hehehe...

Sha Mohamed said...

Sha dah baca.. menarik juga novel ini..