Saturday, July 3, 2021

PKPD KL & Selangor

Assalammualaikum semua...

Syabas Selangor dan sebilangan kawasan di KL yang telah berjaya meletakkan status anda kepada tahap PKPD berkuat kuasa dari 03 July sehingga 16 July 2021. Tahniah atas prestasi cemerlang kalian, semoga terus lagilah menjuarai carta kematian dan jumlah pertambahan kluster setiap hari...seronok tengok angka tu naik je tak turun turun 😞😟😠

Hanya sifat ketamakan sesetengah pihak, kesan dirasai oleh seluruh rakyat. Jangan cerita pasal adil saksama, SOP apa segalalah...masa next pilihan raya nanti tau lah nasib masing masing 😑

Tiada apa nak di kisahkan sangat pun, sakit hati tu dah lama...simpan dalam sudah. Muhasabah diri, ingat tujuan kita untuk kekal selamat/hidup untuk apa. 
 


Ingat besok nak pegi Sushi King beli/bungkus makanan dekat sana. Walaupun kurang suka tapau sushi tapi apa boleh buat la. Sebelum ni kalau tapau makanan boleh lagi nak makan dalam kereta tapi sekarang, PKPD ni rasa cuak jugak nak buat gitu. Mau taknya, sayang oiiii 2k keluar macam tu je kerana kena kompaun 😢 Rakyat marhain macam kami, 2k tu nilainya banyak tau. Boleh bayar duit kereta, sewa rumah, bill electrik, air, internet, mobile data...

#kitajagakita
#stayathome
#staysafe

4 comments:

Sha Mohamed said...

Aduh.. Lama tak makan sushi.. Tak boleh rentas daerah.. Tak boleh rentas negeri.. PKP kemudian PKPD lepastu lockdown.. Entahlah..
Semoga semuanya baik-baik sahaja..

Azhafizah MN said...

Tak tahu nak katalah..Seremban pun esok dah start PKPD join KL Selangor. huhu

Kamsiah yusoff said...

Semua mengharapkan agar wavak maut ni segera berakhir.

Etuza said...

pasalam, semoga Covid-19 berarak lalu ya..sama2 kita berdoa pada yang maha esa