Monday, September 13, 2021

Bila Selangor, KL, Putrajaya dah boleh rentas daerah

Assalammualaikum semua...

Tahniah pada semua yang dah complete doses for vaccination. Tapi jangan lupa selalu update dalam MySejahtera apps tu ye. Kekadang apps tu ada masa 'pening'nya. Kami pernah terjadi complete cert dalam apps tu hilang, cuak terus. Dah terbayang kena cucuk sekali lagi kalau cert tu tak 'muncul' semula. Tekan 'Refresh' banyak kali, baru ada semula. Lepas dari kejadian tu, dah tak berani pulak kami tekan butang 'Refresh' tu 😅

Tapi sekarang MySejahtera apps dah upgraded. Tak perlu buka 'Profile' untuk check cert, semua ada di front page and update sekali bila 'check in' di sesuatu tempat. Senang untuk pemeriksa jalankan tugas mereka dan kita pun tak perlu nak tekan banyak page...mudah kan. 

Lepas pengumuman Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya boleh merentas daerah tanpa sekatan, tiba tiba semua tempat jadi 'penuh'. Eh kenapa jadi macam tu ye, dah lupa ke yang kita ni masih lagi terdedah dengan virus 'pembunuh' tu. Takkan nak 'terkurung' lagi sekali kan. 

Last weekend sempat balik Kemaman. Sempat layan tekak dengan makanan yang dah lama sangat teringin/mengidam dan seumpamanya.    
  
Nasi Dagang

Dapat balik sekejab pun jadilah, bukannya nak berlama lama sangat. Cukup sekadar tengok keadaan rumah yang ditinggalkan lama. Kalau rumah tinggal lebih sebulan, takut ada benda lain pulak yang 'duduk 👻' wallahualam.  

6 comments:

ct cheery said...

Yerlah..rindu sangat nak balik tengok parent. Diowg pun asyik kol Tanya Bila nak balik..hmm..apa boleh buat rentas negeri xde berita lagi 😓

Amie said...

Betul tu. Jangankan sebulan, orang kata 3 hari tinggalkan rumah pun, dah ada tetamu yang bertenggek heheheee.

Ujie Othman said...

Jangan macam-macam Ann…rumah akak tinggal 8 bulan tu 😅
Takleh merentas negeri, nak buat camne. Risau jugak sebab fridge memang On. Tak sangka tak boleh balik lama gini.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Best tu Ann dpt mkn nasi dagang.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua dlm melalui pandemic ini, pjg umur, sihat walafiat.

Nina Mads said...

Betul apps tu kadang mcm gelong. Hahah.. dpt balik rumah sekejap pun jd. Xboleh biarkan rumah kosong lama2

:: Ammi :: said...

skrg dah check in asyik lupa je nak check out