Saturday, October 23, 2021

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalammualaikum semua...

Kerana selalu nau rakan rakan maya up resepi ayam masak lemak cili padi, alahaiii kami rasa macam dah terbayang bayang depan mata ja. Hari ini kami tak kira, nak buat jugak...terus pegi pasar basah untuk cari ayam pencen.
 

  • 1 ekor ayam pencen - potong sederhana 
  • 3 batang serai
  • 1 keping asam keping  
  • Santan segar 
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam
Bahan kisar:   
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 ruas kunyit hidup 
  • 14 biji cili padi
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan ayam pencen dan masak sampai air dari ayam kering. Kemudian masukkan santan dan kacau selalu sehingga mereneh. Masukkan asam keping, pati ayam dan perasakan secukupnya. Masak lagi sehingga ayam empuk dan tutup api dapur. Sedia untuk dihidang.

Baru ilang kepunan kami...erkkkk alhamdulillah 😁  

7 comments:

Gladwin said...

INTERACTIVE LED FLAT PANEL

Warisan Petani said...

Lamanya tak layan ayam pencen
Tentu sedap ni

Kamsiah yusoff said...

Kalau masak ni guna kunyit hidup memang tetamgkat la kan...aroma dan kalernya lain macam..

Azian Elias said...

sedappp nyaaaa. guna kunyit hidup baru masak lemak cili api.

Abam Kie said...

resepi turun-temurun sampaikan sy ore kelate pun suka make aye masak lemok cili api ni... sbb masa dok SBP dulu setiap minggu make benda ni...

Ammi said...

Kalau taruk ubi pun best

Etuza said...

Asalam..suka makan, makan tradisional dan di modenkan, selamat mencuba resipi baru