Friday, October 29, 2021

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dengan Peria

Assalammualaikum semua...

Sambil menunggu malam ini untuk acara bakar bakar bersama keluarga di Port Dickson. Kami WFH tapi suami kena keluar kerja jadi petang ni saja kami boleh drive ke PD. 

Sambil layan kerja/meeting, kami masak lunch. Nak keluar bungkus memang tak sempat walaupun hari ini Jumaat. Malas sebenarnya yang LEBIH, paneh lit lit weh. Kami masak daging salai masak lemak cili padi dengan peria.

  • Daging salai 
  • 2 biji peria - hiris sederhana tebal dan rendam dalam air garam
  • 1 kotak santan
  • Garam
  • 1 keping asam keping
Bahan kisar:
  • 20 biji cili padi - boleh kurang kalau tak nak pedas 
  • 2 inci kunyit hidup
Masukkan daging salai bersama bahan kisar dalam periuk dan masak dengan sedikit air sampai daging empuk. Lepas empuk, baru masukkan santan dan kacau sentiasa sampai mendidih. Masukkan peria dan asam keping, masak sampai peria agak layu. Perasakan dan tutup api dapur. Sedia untuk dihidang. 

***peria boleh juga direbus dahulu untuk hilangkan rasa pahitnya. 

Kami memang suka makan peria pahit 😁. Sorry dalam gambo tak nampak pulak perianya, tenggelam dalam kuah kot 😅

3 comments:

Warisan Petani said...

memang sedap

Azian Elias said...

kalau daging salai ni sure dia rasa asap2 gitu kan. jarang2 sgt makan nya.

Ammi said...

Peria mmg kena ada rasa pahit baru ngam