Monday, October 11, 2021

Hari Sukan Negara 2021

Assalammualaikum semua...

Pagi Sabtu lepas, selepas solat subuh terus keluar jogging. Ini memang routine kami setiap hujung minggu atau pun pada cuti umum. Week days ada jugak tapi tengok pada jadual kerja sebab kami masih perlu masuk office, sangat jarang WFH kecuali kena self quarantine. Kalau dah self quarantine, mana boleh keluar rumah kan even untuk jogging kan.

Route masih keliling kawasan rumah saja, kami ni memang maleh la nak drive pegi lake garden ka taman permainan ka padang tempat sukan ka. Dah dekat area rumah pun boleh lari kot, asalkan takde anjing liar dan selamat. 

Anjing liar - selalunya kalau pergi tempat yang baru, kami selalu akan pusing kawasan tu dulu untuk survey. Kena tengok kawasan sekitar tu ada anjing liar atau tidak. Kalau jumpa memang tidak la nak lari dekat kawasan tu. Kami memang takut la dengan anjing liar ni, ada ramai kawan lagi petua kalau bertembung dengan anjing liar tapi kami tak mampu nak buat. Tahap takut pada anjing tu lebih kot, sekali dia salak kami...lupa terus segala petua. Selalu kena kejar dengan anjing liar ni bila dekat area tempat kerja di Bandar Penawar cuma sekarang saja dah tak banyak anjing liar berkeliaran. Selalu kalau jumpa je memang kami call PBT untuk tangkap.

Selamat - kena pastikan kawasan yang nak jogging tu selamat persekitarannya. Takde kawasan yang bersemak sangat atau lorong yang agak terlindung atau kawasan sunyi. Make sure kawasan tu ramai yang lalu lalang. Lagi bagus kalau ada jugak runner yang lari di kawasan tu, jadi masyarakat setempat juga sudah biasa dengan orang yang lari di jalanan. Kena ada lampu jalan, macam kami suka lari awal subuh atau selepas magrib...lampu jalan sangat perlu. Walau sudah ada lampu jalan, still kena pakai blinker sebab ada kawasan tertentu yang pasti agak gelap...bila ada blinker tu terang la sikit. Dan blinker ini pun mudah dilihat oleh kenderaan lain. Pastikan lari arah bertentangan dengan kenderaan supaya senang untuk tengok keadaan di hadapan kita dan kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Jangan dengar music terlalu kuat dari earphone, nanti tak dengar/alert dengan persekitaran...ini memang penting. Lagi bagus kalau lari dalam kumpulan, tidak semestinya ramai...memadai lebih dari seorang. Orang kata 'Malang Tak Berbau' jadi keselamatan tu perkara penting untuk diutamakan. Macam kami ni yang 'Lone Ranger Runner' kena lebih peka dengan sekeliling.
   
Langit semakin cerah di Kemaman, kalau dekat sini kami memang keluar jogging seawal 615am. Rumah tepi pantai memang cepat cerah, biasanya by 7am dah mula panas. Kami ni memang lemah la dengan cuaca panas, memang terus tak nak lari dah 😁

Kali ni keluar jogging dengan abang, terpaksa ikut dia lari dekat pasir pantai. Kalau sorang kami memang lari dekat jalan bertar saja, tak kuasa nak meredah pasir pantai ni...lagi penat. 


Done larian 10km, abang dengan kakak ipar terus masuk gym pulak. Semangat membara depa ni. Kami tak join la, pegi cari roti canai dengan nescafe tarik lagi banyak paedahnya 😅

Ini kegiatan kami pada Hari Sukan Negara Sabtu lepas. Bagaimana aktiviti kawan kawan maya semua?!!!

4 comments:

Ammi said...

lari atas pasir..aduhai beratnya rasa. kalau ammi balik jogging tu dah tak kose nak masak lagi dah. rehat je hahahah..ngada2 tak?

Kamsiah yusoff said...

Akak memang taubat dgn anjing liar...sewaktu zaman sekolah dulu naik basikal kena kejar anjing...sampai skrg dok rasa fobia lg lalau tgk anjing

Syazni Rahim said...

semangat untuk kekal sihat! hebat!

Nina Mads said...

Pernah jugak dikejar anjing tp nina jahat sebab menganjing hahaha tp tulah kadang jog atas pasir ni rasa lg letih haa