Tuesday, October 5, 2021

Masak Lemak Pucuk Manis dengan Keledek

Assalammualaikum semua...

Pucuk manis antara sayur kegemaran kami. Kalau pegi pasar pagi, jumpa memang WAJIB beli. Bukan setiap waktu ada sayur ni dekat pasar pagi tu, pasar tani pun nasib nasib jugak. Kalau membeli pulak tak boleh seikat, kena 2 ikat baru cukup. Kami suka ratah sayur ni, kadang terus masuk mangkuk bila dah siap masak...tak sempat nak hidang lunch pun lagi.

Pucuk manis ni kami suka buat masak lemak letak ikan bilis saja tapi kadang tu kalau ada keledek ka labu ka kami letak jugak. Kalau ada jagung pun kami letak jugak, patah 2 ka 3 lebur sekali dalam masak lemak tu. Cuma kali ini kami guna keledek untuk pasangkan dengan pucuk manis.

  • 2 ikat pucuk manis
  • 1 biji ubi keledek 
  • Santan 
  • 1 biji bawang besar - hiris 
  • 2 ulas bawang putih - hiris 
  • Ikan bilis 
  • Garam
Masak santan cair, bahan hiris dan ikan bilis sehingga mendidih. Masukkan ubi keledek dan masak sehingga empuk. Masukkan pucuk manis dan masak sehingga pucuk manis lembut. Akhir sekali perasakan dan kacau rata. Tutup api dapur dan sedia untuk dihidang. 

8 comments:

Ammi said...

Ammi suka sayur manis.

Arwah mama suka letak dalam kari dal, goreng letak kelapa pon ada gak..(more to Indian style food)

Kalau Chinese style buat sup letak tepung.. Hmmm sedapnya

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

sedap

Ujie Othman said...

Sepp kita.
Sayur kegemaran akak juga ni.
Sedap dan mudah memasaknya kan.

Suria Amanda said...

Dulu pernah makan..tapi sekarang x leh makan sebab lepas tu akan semput macam putus nyawa dah...

Abam Kie said...

selera kampung. masa kecik2 dulu selalu arwah ma masak lemak mcm ni. semuanya abis dimakan sbb masa tu kehidupan susah sikit berbanding skrg.

Kamsiah yusoff said...

Kalau kt kampung2 pucuk ni senang didapati...tp skrg dah pupus kut,dah jarang org tanam...

Azhafizah MN said...

Sedapnya pucuk manis masak lemak putih campur keledek. Dulu masak kecik mak suka masak macam ni. Sekarang kalau masak sendiri selalu tumis je. Sayur pucuk manis suka gak makan ratah masa panas panas lepas masak tu. Sedap!

Nina Mads said...

Sedap.. lama tak makan. Selalunya mkn dgn ikan masin memang surrr