Monday, November 8, 2021

Kerutuk Daging

Assalammualaikum semua...

Kisah Deepavali last week, orang lain yang 'raya', kami pulak yang beria merendang. Orang yang sambut 'raya' tak boleh makan daging lembu kan, jadi kami sorang je merendang daging lembu malam 'raya' Deepavali. Feeling lain macam bakhang, dengan bunyi mercun bunga api bagai tu...rasa macam kita pun nak dendang lagu raya sama 😁

Not so call merendang sangat pun, kami masak kerutuk daging. Pada kami kerutuk lebih senang penyediaannya berbanding rendang. Ikut masing masing punya caralah, kami suka yang simple...tak renyah.

  • 1/2 kg daging segar
  • 3 sudu besar rempah kerutuk - bancuh dengan sedikit air
  • 8 ulas bawang merah - 4 ulas kisar & 4 ulas hiris 
  • 4 ulas bawang putih - kisar  
  • 1 inci halia - kisar 
  • 3 sudu besar cili kisar  
  • Kayu manis, bunga lawang, buang pelaga, bunga cengkih - bahan tumis
  • Santan segar dari 1 biji kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam
  • 2 sudu besar hirisan gula melaka
  • 1 keping asam keping 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 batang serai - ketuk 

Tumis bahan kisar dan hiris, serai bersama bahan tumis hingga wangi. Masukkan bancuhan rempah kerutuk dan cili kisar, masak dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan daging dan sedikit air, kacau rata. Masak sehingga air kering dan pecah minyak sekali lagi. Apabila daging empuk, masukkan santan dan masak hingga mendidih dengan api perlahan. 

Masukkan kerisik, sos tomato, gula melaka, asam keping dan perasakan secukupnya. Masak sehingga agak kering dan tutup api dapur. Sedia untuk dihidang bersama lemang, ketupat or nasi putih. Katanya menu hari 'raya' 😍 

Bila petang, mulalah mata ni 'ngantuk' yahamat gara gara makan terlebih tambah. Tak la menyungut cuma nyesal je 😅

4 comments:

Cik Nor said...

peberet ni..:)

JijahJambu@Jj said...

heheheh meriah raya dia tuuu ... enjoy merendang

nona sani said...

Lupa pulak rasa kerutuk

Azhafizah MN said...

Raya cara kita walaupun bukan raya kita. tumpang raya :)
lama rasanya tak makan daging kerutuk. bolehlah tu ala rendang.