Saturday, April 23, 2022

Eatclean

Assalammualaikum semua...Salam Ramadhan

Sekarang kita telah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Sangat cepat masa berlalu, terasa macam baru semalam kita mula berpuasa. Pejam celik berkali2 pun masa takkan berubah.

Weekend adalah masa yang paling saya tunggu tunggu, sebabnya hanya masa ini saja berpeluang bersama suami. PJJ ni kalau hati tak kental, memang payah tapi Alhamdulillah kami manage accordingly. Lebih 5 tahun dah, takkan tak kebal lagi kan 😁

Today berbuka menu kami yang simple saja. Suami tak sedap perut, terlebih makan masa berbuka semalam katanya. Semalam ada majlis berbuka puasa dekat company tempat kerjanya. Biasalah kalau dah ramai ramai tu, bercerita bergelak ketawa...makan pun tak berhenti jugak.

Jadi hidangan berbuka kami tadi bertemakan EATCLEAN.
 
salad

detox juice

fruits
Tapi sila percaya, menu ni takkan bertahan lama. Kejab lagi keluarlah kami berdua cari makan di luar saja 😂 

1 comment:

Khamsi Abdullah said...

Salut pada orang2 yang ber-PJJ ni. Saya outstation seminggu pun gelisah ingat anak bini.