Saturday, April 2, 2022

Nasi Lemak Kukus

Assalammualaikum semua...

Petang ni kita dah mula memasuki awal Ramadhan, petang ini juga terawih pertama untuk Ramadhan kali ini. Bagi semua kawan2 di alam maya ini, saya mohan maaf sekiranya setiap kata2 dari penulisan atau komen yang menyentuh sensitivity kawan2 semua. Sesungguhnya yang baik dari dari Allah, yang buruh/kilaf adalah dari saya sendiri. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua. InsyaAllah.

Sebagai weekend wife, saya akan pastikan ada masa untuk saya sediakan masakan untuk suami. Hari ini nasi lemak kukus in the house. Sebenarnya nak buat stock sambal ikan bilis tu, buat banyak dan boleh frozen kan. Boleh nanti suami ulang makan masa sahur sendiri dan saya pun boleh bawa pulang ke Johor untuk bekal sahur juga. Dah alang2 buat sambal, terus sajalah buat nasi lemaknya pula. Ada sedikit lebihan ayam, terus saja goreng kunyit buat tambahan lauk nasi lemak. Boleh makan sampai dinner nanti 😀 

  • 1 1/2 mangkuk ikan bilis
  • 2 labu bawang besar - hiris 
  • 1 sudu besar asam jawa - bancuh bersama 1 cawan air 
  • 1 sudu besar garam kasar
  • 1/2 keping gula melaka 
  • 1 sudu besar gula pasir 
  • Minyak masak secukupnya
Bahan kisar; 
  • Cili kering - rebus dan toskan
  • 12 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • sedikit belacan   
Panaskan minyak yang agak banyak dan masukkan ikan bilis. Kacau sehingga ikan bilis agak layu dan masukkan bahan kisar. Masak dengan api perlahan sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan perasakan. Kacau lagi dan masukkan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu dan masukkan gula pasir. Perlahankan api dan reneh sambal sehingga benar benar masak cantik berkilat dan terbit minyak sekali lagi. Boleh tutup api dapur. 

Bahan untuk nasi lemak;
  • 4 cawan beras - basuh dan toskan
  • 1 kotak santan
  • 1 sudu kecil garam kasar 
  • 4 helai daun salam 
  • Sedikit minyak masak 
Masukkan santan secukupnya seperti sukatan air untuk masak nasi biasa dan masukkan daun salam serta garam. Kacau rata sehingga santan bergaul rata dengan beras. Masak seperti biasa dan sementara itu boleh sediakan pengukus,  panaskan sehingga air kukusan mendidih. Apabila nasi hampir kering, pindahkan nasi ke dalam pengukus dan tutup pengukus. Kukus nasi sehingga masak dan selepas itu kacau rata nasi tadi. 

5 comments:

Syazni Rahim said...

Salam ramadhan! semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua.

Khamsi Abdullah said...

Salam Ramadan :)

Azhafizah MN said...

Sedap makan nasi lemak yang dikukus. Tambah lagi ada ayam goreng.
Selamat berpuasa :)

nona sani said...

Sedapnya...Terbaca pulak time puasa..awal lagi ni.hahahhaa

Telkom University said...

What are the key ingredients and preparation steps for making traditional Nasi Lemak Kukus?Telkom University