Wednesday, September 22, 2010

Manual @ auto...yang mana satu

Orang kata, kereta manual ni lagi cepat pickup dari kereta auto. Tahlah aku pun tak tau plak pasal ni, pada aku asal boleh jalan tu dah kira okay. Cuma aku memang ada kelemahan ketara bila bawak keta manual ni. Klu ko bagi aku drive manual car, aku still boleh drive tapi ko akan rasa akulah pemandu yang paling bersopan dalam kl ni nnt. Aku takkan bawak laju punya, lepas tu gear plak maintain 3 tak naik2 pun.


Walhal masa aku mula2 belajar drive dulu, bukan main pro lagi aku dengan keta manual ni. Mana ada macam sekarang ni, boleh pilih nak belajar manual ker auto...ceh tak mencabar betul kan. Masa tu memang xcited kan dapat pegang stereng keta, terutamanya aku lah. Sanggup aku suruh instructor tu ajar drive keta setiap hari...dah pandai ko nak belajar apanya lagi. Instructor aku tu dl pening gak, bila dia tengok dah boleh drive...tetiba;


"Cuba ko bawak pakcik naik keta g PD plak...ada beran?!!!"


"Wah hebat tu"


Memang aku bawak keta tanpa bantuan instructor sebelah, lepas PD ko. Masa tu mana ada highway cam sekarang ni. Ikut jalan lama jer. Lepas expert PD, aku pegi jelajah Ulu Bendul plak, lagi trilll jalan tu...berbukit bukau, jalan conner baring punya. Masa tu baru belajar jer, lesen belum dapat lagi...belajar dengan instructor tu pun hanya cukup syarat on hour tu jer. Cuma adalah aku belajar ikut route yang biasa JPJ test tuh lah...MESTI lulus, tak kalu kena repeat balik.


Waktu tu mmg aku pro lah bawak keta manual, korang jgn ingat aku g jejalan tu drive keta auto plak. Keta manual ni lah yang aku drive, inspector tu siap tanggalkan pelekat L dengan pelekat Sekolah Memandu dkt body keta tu. Bukan apa, takut kantoi dengan pegawai JPJ nnt. Kan ada route test yang JPJ dah tetapkan, so belajar ikut route tu jer. Ni aku plak pegi jejalan bawak keta kelas memandu...mau kena sound tetep dengan pegawai JPJ tu nnt.


Bila masa test, aku lulus dengan sekali test jer. Mmg takda cabaran langsung, cuma aku mmg kena buat test betul2 punya coz pegawai JPJ yang ikut aku waktu on road test tu perempuan ko. Pegawai perempuan ni biasalahkan, susah sikit nak lulus, jgn ada salah sikit...mestlah tak lulus. Tapi aku, alhamdulillah LULUS jugak. Terus petang tu jugak dapat lesen...masa jaman aku ambik lesen, belum ada P lagi. Setahun selepas tu klu tak silap, baru mula lesen Percubaan ni.


Lepas dapat lesen memandu, mmg terujalah nak drive nih...siap boleh antar jemput anak buah lagi. Dekat umah my sis plak semua pakai keta auto, lagilah laju jer melenjan keta dia. Mungkin sebab aku dah biasa guna auto sampai lepas tu aku jadi kekok plak nak drive keta manual. Sampai sekarang aku mmg tak biasa lagi nak drive manual, boleh2 mmg boleh tapi very the slow lah yer & kelemahan paling ketara bila sampai bukit. Aku boleh guarantee keta undur belakang babe...dah tak boleh nak balance class dgn minyak huhuhu.

3 comments:

Mimy Hamid said...

vote for manual...biasa ar drift terbaekkkk

Ann Ishak said...

drift takde hal tapi bila jumpe bukit...mmg ade hal muahaha

Eri-chan said...

haha aku takut manual beb..takut gilerrr...