Saturday, December 11, 2021

De'Muara Ikan Bakar, Kuala Sungai Baru

Assalammualaikum semua...

Salah satu tempat ikan bakar yang kerap jugak kami pergi setiap kali teringin nak makan ikan bakar. Selalu datang tempat ni apabila abang balik ke rumah makcik sebelah isterinya di Kuala Sungai Baru.
 
Dalam 6pm bergerak dari Seremban, masuk ikut Pedas Linggi. Biasanya abang sudah siap pilih ikan dan segala binatang laut untuk dimasak. Kami cuma inform nak makan apa dan jenis masakan. Orang kampung katanya, memang takde masalah kalau bab tempat duduk. Mereka selalu akan datang awal untuk tempah tempat duduk dan pilih ikan. Tapi kalau hujung minggu atau waktu musim cuti memang ramai orang, ada jugak masanya kami kena menunggu...adatlah. Antara makanan pilihan kami;

kepah masak masam manis

ikan masak tiga rasa

pepahat masak halia

ikan bakar

Tapi kali ni makanan rasa macam "biasa biasa" saja, tak sama macam dulu. Dah tukar masak agaknya. Tapi makanan kena habiskan, jangan membazir...duit semua tu. 

Pulang kami ikut jalan dari Port Dickson pulak. Bukan jauh pun, sempadan je. Sempat singgah Waterfrond PD minum lagi pulak.
 

Saturday, December 4, 2021

Not much to update...

Assalammualaikum semua...

Hari ni bersiaran dari Kemaman, balik hari Khamis lepas.  
Tinggallah seketul bulus ni di rumah, tinggalkan makanan dengan minumannya sekali. Tak lupa juga pasirnya juga, bukan 1 bekas tapi 3 bekas sekali. Pepandailah seketul ni bawa diri 😅 Lepas maghrib nanti baru kami gerak balik ke KeeL.

Last weekend visit anak buah, bawa dating sekali. Jumpa sebab nak bagi duit belanja harian. Anak buah almost sebulan kerja di Damansara, belum dapat gaji lagi (sekarang ni dah dapat gaji pertama). 

Itu jelah aktiviti weekend kami setakat ni sebelum sibuk dengan urusan majlis perkahwinan ahli keluarga kami dalam masa terdekat ni jugak. 'Bercuti' tu belum ada lagi dalam agenda, rata rata sekarang semua tempat penuh. Nak ke mana je pun nanti 😑

Friday, November 19, 2021

Event sudah bermula

Assalammualaikum semua...

Semenjak 2 tahun tiada event, semalam kami hadir untuk satu event di tempat kerja. Teruja ada, suspend pun ada tapi disebabkan semua yang hadir memang kena buat RTK dan result kena submit to organizer...kurang sikit rasa suspend tu. ada delegate yang tak lepas masuk sebab result +ve. Penat tau nak quarantine ni, tak seronok pun.

Selepas ini akan mula bertambah event di tempat kerja sebab kami sudah boleh beroperasi 100% di office. 
   


last event tema 'Hawaiian Night'

Kami dah lengkap 2 dose (sino) + booster (phizer). Alhamdulillah 3 cucuks tidak membuatkan kami demam. Rasanya kalau kami dapat AZ baru 'tumbang' kot 😅

Sunday, November 14, 2021

Juice for live

Assalammualaikum semua...

Duduk di rumah saja, malam tadi baru sampai dari Seremban. Luang masa sambil layan movie, baca buku + tunggu email urgent papers for approval jugak. Kalau kerja memang 24/7, entah bila nak habis pun tak tau...tunggu pencen je la kot nanti.

Tinggalkan citer pasal kerja, tak penting pun. Kami masih mengekalkan amalan minum fresh juice setiap hujung minggu terutama selepas balik dari jogging. Guna saja any fruits/vege yang ada dalam simpanan then blend together with basic ingredient macam halia, lemon + honey.   
Kami juga amalkan minuman jus untuk kesihatan jantung, yang ada halia, bawang putih, honey dengan apple cider tu. Selalunya buat sendiri saja dan kalau tak sempat, minta kakak buatkan. Ini memang amalan setiap pagi. Ramai dalam keluarga kami yang ada masalah jantung, takut jugak. Bila semua adik beradik amalkan, kami pun ikut sama...kita tak tau untung nasib diri kan. Lebih baik mengelak dari mengubati. Lagi pun jus ni sedap, pedas2 manis gitew...sedap diminum sejuk 😋
💗

Thursday, November 11, 2021

Majlis kawin dah mula banyak

Assalammualaikum semua...

Sekarang ni weekend dah mula jalan raya penuh dengan kenderaan. Dulu nikmat kalau keluar, kereta tak banyak on the road. Kalau dekat highway, lagi berganda seronoknya. Kena rajin check saman had laju dekat situ 😅

Kenduri kawin pun dah mula menyusul jugak. Yang paling penting, ikut SOP yang ditetapkan. Tak nak nanti mencetuskan cluster baru pulak. Manalah tau ramai ramai tetamu tu ada yang anti-vaccine. Tak mintak tapi 'ada' je kan. Jangan selfish la pada yang anti-vaccine tu, kalau tak nak cucuk jangan sengaja nak jumpa orang ramai pulak.

pernah terima gift ni dalam salah satu majlis kawin, rare item kot

salah satu undangan majlis kawin di KDE, gambo bersama bapak perantin 

Monday, November 8, 2021

Kerutuk Daging

Assalammualaikum semua...

Kisah Deepavali last week, orang lain yang 'raya', kami pulak yang beria merendang. Orang yang sambut 'raya' tak boleh makan daging lembu kan, jadi kami sorang je merendang daging lembu malam 'raya' Deepavali. Feeling lain macam bakhang, dengan bunyi mercun bunga api bagai tu...rasa macam kita pun nak dendang lagu raya sama 😁

Not so call merendang sangat pun, kami masak kerutuk daging. Pada kami kerutuk lebih senang penyediaannya berbanding rendang. Ikut masing masing punya caralah, kami suka yang simple...tak renyah.

  • 1/2 kg daging segar
  • 3 sudu besar rempah kerutuk - bancuh dengan sedikit air
  • 8 ulas bawang merah - 4 ulas kisar & 4 ulas hiris 
  • 4 ulas bawang putih - kisar  
  • 1 inci halia - kisar 
  • 3 sudu besar cili kisar  
  • Kayu manis, bunga lawang, buang pelaga, bunga cengkih - bahan tumis
  • Santan segar dari 1 biji kelapa
  • 3 sudu besar kerisik
  • Garam
  • 2 sudu besar hirisan gula melaka
  • 1 keping asam keping 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 batang serai - ketuk 

Tumis bahan kisar dan hiris, serai bersama bahan tumis hingga wangi. Masukkan bancuhan rempah kerutuk dan cili kisar, masak dengan api perlahan hingga pecah minyak. Masukkan daging dan sedikit air, kacau rata. Masak sehingga air kering dan pecah minyak sekali lagi. Apabila daging empuk, masukkan santan dan masak hingga mendidih dengan api perlahan. 

Masukkan kerisik, sos tomato, gula melaka, asam keping dan perasakan secukupnya. Masak sehingga agak kering dan tutup api dapur. Sedia untuk dihidang bersama lemang, ketupat or nasi putih. Katanya menu hari 'raya' 😍 

Bila petang, mulalah mata ni 'ngantuk' yahamat gara gara makan terlebih tambah. Tak la menyungut cuma nyesal je 😅

Friday, November 5, 2021

Starbucks Planner

Assalammualaikum semua...

One of my favorite yearly planner. Tak setiap tahun dapat, ada jugak lopong setahun 2. Macam tahun lepas pun kami tak dapat planner ni. Hope tahun ni dapatlah tapi belum keluar lagi. 'Menunggu' jugak, takut terlepas lagi. Tahun depan banyak 'plan' nak tuleh dalam tu 😇😎