Sunday, December 26, 2010

Cameron Highland - Day 1

Selepas pergi ke kuala kangsar, kita sambung perjalanan pulak ke Cameron Highland (CH). perjalanan yang tak di rancang, kira main serbu pegi je. sebelum ni pernah aku azankan dekat shrek yang aku nak pegi CH ni tapi shrek agak sentap sikit bila dengar pasal CH...biasalah kisah lama aku dulu. so dia tak suka pegi tempat yang ada menyimpan memori aku. aku pahamlah dekat situ, dia tak suka aku ingat2 benda yang dah lama berlalu. tapi aku nak pegi sana bukan untuk mengimbas kenangan lepas, tapi saja nak lapangkan fikiran yang bercelaru dengan persiapan perkahwinan yang akan datang ni. akhirnya shrek setuju jugak nak pegi sana, so kita enjoyyyyyyyyyyyy.


Malam harinya kita makan di food court yang di sediakan si sebelah parking area dekat Brinchang. we olsss pun memang stay dekat Brinchang, hevoc tempat ni nak compare dengan Tanah Rata. makanan pun taklah mahal sangat, okaylah sedap jugak. tapi tempat makan yang kitorang pegi tu, dia punya nescafe tarik memang meletoppppp sedap tau...siap mak order segelas lagi.

jagung nan setongkol...memang untuk aku jer

Lepas makan2 malam, kita pegi pasar malam pulak. Aku stay dekat Rainbow Hotel so memang tak jauhlah kalau nak pegi pasar malam hanya berjalan kaki saja. pasar malam ni hanya ada setiap hari sabtu malam. memang macam2 ada. dari makanan, buah buahan, sayur sayuran sampai baju2 pun ada. beli jer mana yang berkenan di hati, tang makanan tu memang aku suka membeli...macam2 jugak dapat makan dekat pasar malam ni.

durian duriannnnnn...sapa mau makan durian

isi memang cantik...tapiiiii


ada hati nak pilih lagi

Kalau dah penggemar tegar durian, tak kira mana2 tempat pun...memang aku teruja nak makan jugak. punye banyak tempat jual durian, dekat CH ni jugaklah aku jumpa durian lagi. harusssssssslah aku berhenti makan kan. shrek siap sapa aku tanya nak makan durian tak, hehehehehehe dia memang tau aku ni memang gila durian. belum sempat aku kata YE lagi, dia dah pegi memilih durian pun. shrek memang makan durian tapi tak setegar aku lah. kalau bagi sebiji, seulas 2 jer dia makan. selebihnya memang aku sorang yang taram abis, siap nak ambik lagi sebijik. tapi durian dekat CH ni macam kurenggggggg menariklah. rasanya tawar tak semanis durian kampung tu. apa2 pun durian kampung memang yang paling best lah buat masa ni.

No comments: