Saturday, January 1, 2011

FY10/11 to FY11/12

Sekejab je kan masa berlalu, kelip2 mata...sekarang ni kita dah meninggalkan 2010. 2011 yang telah menjelang ni diharapkan dapat memberi lagi kegembiraan pada sendiri, pasangan, diberikan kesihatan yang baik untuk pak hj, diberikan kebahagiaan yang berkekalan dan mengeratkan lagi kasih sayang antara kami adik beradik. bukan sekarang tak sayang tapi tambah lagi nilai kasih sayang yang ada sekarang ke tahap lebih tinggi lagi. memberi kebahagiaan yang sama jugak kepada kawan2 di sekeliling yang sentiasa memberi semangat, sentiasa membantu ketika dalam kesusahan dan sama gembira bila dalam keadaan riang. sentiasa berharap kita akan kekal sahabat untuk selamanya.

2010 - memang akan meninggalkan sejarah buat diri aku ni. yang pertama sekali, tahun ini jugak aku menamatkan zaman bujang, yang mana semua ahli keluarga memang menantikan saat2 ni. tinggal aku sorang je lagi anak pak hj yang tak kawin2 lagi walaupun umur dah keluar kalender muahahahahaha. berkat doa dan restu orang tua dan semua ahli keluarga, kehadiaran shrek aka faizal dalam hidup aku akan lebih bermakna lagi.

Tahun ni jugak buat pertama kali dalam sejarah keluarga pak hj, cucunya pun dah kawin merangkap anak buah aku sendiri. walaupun kira langkah istana tapi kira okaylah coz aku pun dah bertunang waktu tu. tu yang lepas dia kawin dulu, tidak kalu korang kena tunggu jugak sampai maksu korang ni kawin baru korang semua lepas kawin. sekarang ni anak2 buah aku ni dah boleh tersenyum lebar coz maksu dah kawinkan, si diorang semua dah boleh kawin jugak lalalalalalala. ada sajalah sesi perkenalan dengan bf memasing.

Tu antara perkara yang mengembirakan yang terjadi sepanjang tahun ni, tapi ada jugak perkara yang menyedihkan. tahun ni jugak, keluarga kami kehilangan nenek yang tercinta buat selama2nya. dah lama arwah menderita sakit tua + pulak dengan strok (lumpuh sebelah badan). sepanjang hidup aku, aku cuma ada seorang nenek ni aja. aku tak penah kenal datuk on both side pun coz diorang meninggal masa aku belum ada lagi dalam dunia ni. nenek belah pak hj pulak meninggal masa pak hj kecik lagi. nenek aku yang baru meninggal ni was my late mother side. adik beradik aku yang lain sempat lagi kenal datuk belah my late mom cuma aku je tak sempat. dah kata aku jarak umur 10 tahun dengan abang yang atas aku kan. di harap rohnya aman di sana. Amin

2011 - hidup aku bakal akan berubah setelah sekian lama berada di bawah jagaan ahli keluarga, kini aku akan berada di bawah jagaan suami pulak. di harap aku dengan shrek boleh melalui segala cabaran, dugaan hidup berumah tangga ni. memang hidup berumah tangga ni memang indah pada awalnya tapi keindahan tu akan menurun sedikit demi sedikit kalau tak di jaga betul2 dari awal, mau lain jadinya. ya Allah, berkatilah hidup kami, eratkanlah kasih sayang kami selamanya...amin

Hidup hari ini tetap menjadi sejarah/kenangan/pengalaman/ingatan/memory untuk hari esoknya, kalau tak...takdalah "DULU, KINI DAN SELAMANYA"

Di sini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011. semoga kita akan dapat berjumpa lagi dalam keadaan yang mengembirakan pada tahun baru ini.

2 comments:

Eri-chan said...

semoga berbahagia hendaknya ya ann & bujal

Ann Ishak said...

thanks nok, kebahagian untuk kita semua bersama