Saturday, January 15, 2011

Redeem my present facial treatment at Kanebo

Anyway thanks to Zcat for the wedding present. aku terima voucher ni selepas seminggu majlis wedding aku berlangsung. dia tak dapat datang wedding mak, tapi terima kasih banyak2 sebab ingat jugak nak bagi mak hadiah kawin. thanks yer Zcat...kena terima kasih banyak2 dalam entry ni, orang tak penah jumpa tapi biasa tengok gambo jer. dan terima kasih lagi kerana memperkenalkan mak dengan product ni, teruja sesangat nak cuba product ni, manalah tau cocok dengan kulit muka mak yang ala2 sensitif banget ni.

Treatment ni memang hebatlah, Eri Chan dah tolong booked the date supaya aku dengan Mimie boleh buat treatment pada hari yang we olsss available. tu pasal aku kata treatment ni hebat sampai boleh tolong booked lagi. we olsss just datang tunjuk ini voucher saja di counter Kanebo Parkson KLCC. our appointment start at 10am tapi macam biasa mesti lewat sikit lalalalalalalala. dah pagi bebenor, ujung2 minggu pulak tu...of course terlajak sudah bangunnya. okaylah treatment mak hari ni adalah "Impress Total Rejuvenation Treatment". kalau tak pakai voucher, treatment ni bernilai rm180. ohhh seronoknya bila ada voucher free ni kan.

Pepagi bangun tido, mandi, siap2 terus pegi ambik mimie dekat rumah maknya. dan terus tak singgah2 lagi ke KLCC. tu pasallah mata memasing sembab2 belaka, tapi mak suka tengok muka masa baru bangun tido. masa tulah wajah kita dunia kita yang sebenarnya...kecantikan yang datang dari dalam bawa keluar. kalau tak caya cuba korang belek muka korang masa bangun tido dengan muka masa nak masuk tido...beza wooooooo.

Treatment ni akan mengambil masa selama 1 hr 15 mins. sayangnya dekat Kanebo Parkson ni spa nya alahaiii kecik je, so treatment per person only. tak boleh masuk dedua pun, jadi ku suruh mimie masuk dulu. sementara menunggu tu mak jalan2 keluar masuk dalam KLCC ni until my time has come. terus masuk bilik spa tukar baju siap2, simpan barang dekat tempat simpan barang yang disediakan.

Product ni originally datang dari Japan negara matahari terbit and sesuai for Asia type of skin. pertama kali dapat voucher ni memang aku teruja sangat nak pegi try test the product. iyeeeeeeeeee memang sedap sangat pada muka, rasa macam nak tukar my skin care product pulak dah. bolehlah lepas ni kulit i akan menjadi bertambah cantik dan faizal lagi terpikat dekat i cewahhhhhh tet tut tettttttt. tengok harga memang lebih kurang dengan my skin product yang sedang i gunakan sekarang, memang ada harapannnnn.

Product yang akan digunakan adalah Impress tapi aku tak gunakan kesemua product tu. kulit mak memang sensitif, tak semua product cocok dengan kulit ku, tapi mak tak inform beautician tu pasal ke sensitifan kulit mak ni. saja nak test dia pro tak pasal kulit2 ni.

Impress product is more to normal to dry skin. bau nya pun tidak terlalu kuat dan texture nya memang lembut pada kulit. pada kulit mak ni, memang takda rasa rengsa pun and this product is totally impress me a lot LOL. masa treatment ni, lebih daripada 5 items yang digunakan which is;

1. Cream Soup
2. Lotion
3. Emulsion
4. Massage Cream
5. Brightener
6. White Deep Mask (dekat sini mak dah start dipakaikan dengan Blanchir Superior product pulak, kulit mak kan sensitif)
7. White Deep Milky Conditioner (pun dari Blanchir Superior product jugak)

Kalau menggunakan product Impress sepenuhnya, ada 2 jenis mask yang akan digunakan tapi memandangkan kulit ku yang sensitif, tidak digalakkan menggunakan mask tersebut. Beautician tu dah mula perasan masa sesi picit jerewat buang jeragat, kulit mak dah start ada kesan merah2. terus zassssssss dia gunakan product Blanchir untuk balance kan semula kulit ku. memang ko...memang tak merah lagi lepas jer dia tukar product. so aku cuma menggunakan satu mask sahaja. nampaknya kulit ko memang cocok dengan Blanchir Superier product ni.

Memang takde langsung kesan merah2 pada muka kan selepas buat treatment ni. tak kalu memang akan ada tompok2 merah setiap kali lepas buat treatment muka. haiiiiii memang aku dah jatuh hati dengan product ni, memang sesuai sokmo dengan kulit ku. sehingga kini selepas seminggu aku menjalani treatment tu, kulit muka takda mengalami ruam2 dan bintik macam jerawat nasi tu. muka still rasa licin je.

Cinta ku dah beralih arah ke Blanchir Superior by Kanebo. Beautician tu siap bagi free gift untuk aku - White Deep Clear Conditioner.

Sekarang ni Kanebo Parkson ada promotion yang memang bagus untuk pengguna2 skincare dekat Kanebo ni. cepat2 pegi selagi stok masih ada hahahahaha. aku akan maiiiiiiii lagi untuk my 2nd treatment pulak tapi kali ni ada ka yang nak bagi mak free voucher lagi...huhuhuhuhu.

3 comments:

Eri-chan said...

sesuai dgn muka kau oklah..heheh bagus2.

Mimy Hamid said...

sukeeeeeeeee pic kita dua........heheh kepuasan terserlah

Ann Ishak said...

anis - memang sesuai nok, thanks again to both of you. tak cuba tak tau kan.

mimie - hahahaha muka bangun tido tu dear, memang natural lagi