Saturday, February 12, 2011

Langkawi Day 1 : Dataran Lang

Dah takda apa2 activity selepas ni, so apa lagi jalan2 posing dekat sini jer. nak pegi kedai2 dekat dengan dataran ni pun kebanyakannya dah tutup, waktu ni memang dah senja hari pun. yelah dah penat bershopping dekat jeti kan.

Dataran Lang ni lagi cantik bila di malam hari, dengan limpahan cahaya lampu memang begemerlapanlah jadinya. tempat ni jugak jadi tumpuan bila malam, siang dah ramai yang datang...malam lagilah ramai pengunjungnya. mungkin siang hari panas, bila pegi belah malam syokkkk sejuk je. tapi lampu2 dekat sini akan auto off tepat 12am ye, bagus jugak macam tu. takdalah kutu2 melepak dekat situ sampai ke pagi. lagi satu boleh jimat bekalan tenaga elektrik.

Tenang je suasana masa ni, orang dah tak berapa ramai lagi. dah nak malam, sat lagi ramai lagi orang akan datang. cuma aku tak penah cuba makan dekat kedai2 makan yang di sediakan dekat dataran ni. dengar katanya sedap2 jugak makanan dekat sini. takpa next trip nak cuba makan dekat sini pulak.

Dataran Lang ni memang tak jauh dari jeti, just walk pun boleh sampai dekat dataran ni...memang dari jati pun boleh nampak dataran tu dah. dari jeti lalu jambatan ni dah boleh sampai pun.

Untuk sesapa yang kuat berphotogedik tu, tempat ni memang menarik...tak lengkap rasanya bila datang Langkawi tapi tak datang Dataran Lang ni.

Dataran Lang is designed with unique architectural concepts with picturesque terraces, beautiful ponds, scenic bridges, restaurant and barrel vaults, which are made of bricks.

No comments: