Friday, February 18, 2011

Langkawi Day 2 : Mandi manda at Cenang Beach

Hari ke dua kami di Langkawi, pagi ni tak keluar cari sarapan pun. memasing bukak pintu bilik dah 10am. nak cari bfast pun dah malas. mandi2 siap, sarapan pagi ni adalah air mineral, buah pear dengan coklat Extra Dark Choc - Ritter Sport. kan memang beli semua ni untuk sarapan, so tak payah kluar belanja lagi untuk minum pagi, dah safe dekat situ walaupun tak banyak mana pun.

Lepas bfast, acara pagi ni hanyalah mandi manda di pantai sahaja. tiba2 ternampak mamat bulat comel tengah menikmati pemandangan pantai yang cantik. mamat ni sememangnya tengah mengambil mood berendam ala dugung sebagai permulaan activiti berenang untuk hari ni. okay mamat tu menduga sebahang manakah cahaya matahari yang memang panas terik walaupun masih pagi.

Antara activiti yang boleh di dapati di Pantai Cenang ni adalah memandu jet ski, banana boat, parasailing dan kayak. bayaran untuk setiap activiti tu adalah berlainan sama sekali tapi boleh di dapati dengan mengunakan satu agent sahaja.

Kami pegi pantai under kawasan motel yang kami tinggal je. macam bilik motel dekat bawah ni, tu yang menghadap pantai. rumah tu untuk family tinggal, sewa rm100 semalam. memang berbaloi2 kalau pergi beramai2 bersama family atau pun group yang ramai. aku tak tinggal dekat situ, kami ambik rumah yang bukan mengedap laut, tapi dekat dengan laut cuma perlu melintas jalan je.

Jangan risau, perut yang bening2 tu bukannya penuh dengan air masin yang berjaya masuk dalam mulut dia ya. tapi itulah pelampung yang mampu menerapungkan dugung ni kalau berada di dalam air. tak yah susah2 nak cari antara yang ramai berendam tu. mesti kenal punya just tengok perut dah tau tu sapa.

Pantai Cenang adalah pantai yang terpanjang dekat Langkawi ni, tempat penginapan pun memang banyak di sediakan di sini. sebelah malamnya memang happening, kalau nak kluar after 12 midnight pun no hal la. ramai lagi orang yang berkeliaran dengan kedai2 pun banyak yang bukak lagi. kebanyakan kedai2 dekat sini memang start operasi sekitar 6pm sampai ke pagi. kalau lapo restaurant banyak, gerai burger tepi jalan pun ada, Big Apple pun bukak sampai pagi tau.

No comments: