Wednesday, April 27, 2011

Pesta Buku 2011

Antara barang yang saya hand-carry dari Langkawi tu. set minuman harga dah lupa da...

Selepas makan kenyang2, teruskan kami pegi PWTC pulak. ada apa ke sana, pasal ada Pesta Buku 2011 yang telah bermula dari 22nd Apr dan akan berterusan selama seminggu. Saya dengan Faizal tak penah miss pun untuk menjointkan diri setiap tahun di tempat yang memang sama je. bukanlah nak kata kami ni ulat buku ke apa, tapi memang ada itu minat suka membaca.

Saya nak reveal satu benda, saya ada sifat yang mana kena membaca dulu sebelum tido. orang kata bedtime story dulu, barulah mata ni akan sayu je nak tido. tak payahlah nak membaca sampai habis sebuah buku tu, tapi cukuplah sekadar satu dua buka surat, sure punya ni auto je mengantuk. so memang dah wajib setiap kali nak tido kena ada buku di sisi, tak kira ke mana sekali pun. nak pegi holiday pun akan saya kelek jugak buku ke mana saja.

Pesta Buku ni memang saya akan tunggu setiap tahun sebab dekat sini saya boleh dapat beli buku yang masih takda dalam simpanan lagi. saya suka buat koleksi buku base on writer yang saya minati iaitu Norhayati Berahim. mana2 koleksi yang takda memang haruslah mencari dekat sini dan andai kata buku tu dah agak lama terbitannya dapatlah discount kan. untuk buku keluaran terbaru, memang tak ada. buku dari writer lain pun aku baca jugak basa to how interested sesebuah buku tersebut.

Saya suka membaca buku cerita, tak kisah jenis cerita janji jalan ceritanya menarik. Faizal pulak suka membeli buku2 berbentuk ilmiah + buku2 agama dah tafsiran jugak. we spend time sampai tutup untuk membelek2 buku yang bakal nak dibeli tu.

No comments: