Thursday, May 19, 2011

Tahlil 40 Hari Arwah Ayah

Hari Sabtu lepas, genap sudah 40 hari arwah ayah pergi tinggalkan kami semua. sekejab je masa berlalu, rasa macam baru semalam hantar ayah ke airport. sekelip mata je ayah pergi tinggalkan kami tanpa pesan, dan yang pasti tanpa tanda pun. yang tinggal adalah kenangan, barang2 peribadi yang seminggu kami dapat selepas arwah pergi. walaupun ada baju yang di pakai sebelum arwah pergi tapi sayang memang takde langsung bau badannya. habis semuanya pergi bersama, yang tinggal hanyalah bau wangi...bukan bau sabun atau minyak wangi tapi bau yang memang harum saja. semoga roh ayah aman di sana di tanah yang paling suci. teguh hajat di hati untuk ke sana melihat walaupun hanya tanah yang luas tanpa tanda asalkan dapat beramal serta melepaskan rindu. Al Fatihah

Di siang harinya di tengah rumah, pasar arab lambak berlangsung. ni semua kerja my sista lah...malas nak masukkan dalam bekas bertutup, di taruknya segala kurma2 kismis2 manisan2 kacang2 dalam besen biru tu sesaja. jadi sesapa yang datang bertandang untuk tolong masak memasak untuk tahlil, dapatlah merasa semua tu. my sista dgn BIL aku kan baru balik dari umrah, alhamdulillah mereka sihat2 saja masa balik tu. baru je sampai sehari sebelum tahlil.

Masa acara siang menyiang, masak memasak memang nan adonya gambo sebab semua orang memang ada kerja masing2. sampaikan budak2 pun kena kerah wat kerja jugak. macam nilah selalunya bila keluarga aku buat apa2 kenduri, memang akan masak sendiri walaupun kenduri nikah kawin. bukannya tak boleh caterer tapi tak puas rasanya kalau tak masak memasak sendiri ni, tu yang selalu family member bilanglah. bila dah petang tu barulah anak2 buah lari wat kerja sendiri. entah kenapa mood budak2 tu hari, gila nak main badminton pulak. pakat susun atur semua kereta bebaik so adalah space tempat diorang nak buat gelanggang pulak.

Mamat ni alahaiiiiiiii siannya, penat sangat membasuk segala periuk kawah besar2 belaka sampai tertido sudah. contract membasuh tu kekal sampai sebelah malamnya tau, tapi bininya baik ati tolong membasuk sekali cewahhhh.

Full menu untuk tahlil malam tu;

1. Ayam kampung masak lemak cili api campur nangka
2. Ikan keli goreng sambal
3. Ikan baung masak asam pedas tempoyak
4. Kerabu daging salai
5. Pencuci mulut - cousin yang buat tuh, tah apa namanya

Semua menu ni adalah makanan kegemaran arwah ayah, bila masak ramai2 tu memang terasa sayunya tapi niat nak sedekah dekat orang2 yang datang nanti, apa salahnya buat yang sedap2 ye dak.

Tahlil berlangsung selepas solat isyak so petang tu aku pegang remote tv hihihihi. rancangan wajib tengok di petang sabtu, crayon sin chan dengan atashinci ngeh ngehhhhhh.

3 comments:

Eri-chan said...

al-fatihah banyak2 untuk arwah ayah kau.

Ann Ishak said...

alhamdulillah...digunakan waktu yang ada untuk itu

Mimy Hamid said...

Alfatihah...kejap je masa berlalu